Rancangan pembangunan Malaysia: Menyingkap isu tukar-ganti (Trade-Off) antara pertumbuhan dan kelestarian

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK‐10) menyasarkan Malaysia mencapai pertumbuhan enam sehingga tujuh peratus sepanjang tempoh rancangan. Pertumbuhan yang tinggi ini akan menjadi aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 sejajar dengan matlamat Wawasan 2020....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siwar, Chamsuri, Ahmad Damanhuri, Nasyrah, Abdul Ghani Aziz, Sarah Aziz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/4476/1/chamhuri.pdf
http://repo.uum.edu.my/4476/
http://ijmsconference.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK‐10) menyasarkan Malaysia mencapai pertumbuhan enam sehingga tujuh peratus sepanjang tempoh rancangan. Pertumbuhan yang tinggi ini akan menjadi aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.Walau bagaimanapun, persoalan timbul apabila, pertumbuhan negara dikaitkan dengan konsep pembangunan lestari yang berlandaskan kepada pembangunan ekonomi yang menitikberatkan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar. Adakah negara perlu mengejar pertumbuhan yang diukur menerusi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)? Bagaimana negara menangani isu berkaitan pembangunan lestari yang mengambil kira perkiraan terhadap alam sekitar?.Model Ekonomi Baru (MEB) telah menjelaskan tiga komponen utama yang diberi penekanan iaitu; inclusiveness, negara berpendapatan tinggi dan kelestarian.Oleh itu, kertas kerja ini akan menyingkap hubung kait ketiga‐tiga komponen ini dan menganalisis persoalan tukar‐ganti antara ketiganya yang merangkumi isu pengagihan pendapatan, kemiskinan, ketidakseimbangan pendapatan menerusi pekali gini dan isu berkaitan pembangunan lestari.