Persepsi pegawai awam terhadap beberapa isu dasar politik dan kepimpinan negara

Semenjak awal tahun 1980an, telah banyak berlaku perubahan dalarn aspek politik dan kepimpinan negara yang bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat dan para penjawat awam, tetapi kepada prestasi kerajaan yang memerintah dan kepimpinan politik itu sendiri. Apabila krisis kewangan pada tahun 1997 mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Brahim, Malike, Hussain, Ahmad Atory
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/4381/1/Ma.pdf
http://repo.uum.edu.my/4381/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semenjak awal tahun 1980an, telah banyak berlaku perubahan dalarn aspek politik dan kepimpinan negara yang bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat dan para penjawat awam, tetapi kepada prestasi kerajaan yang memerintah dan kepimpinan politik itu sendiri. Apabila krisis kewangan pada tahun 1997 melanda, amat ketara sekali wujudnya krisis dan konflik politik dan kepimpinan yang turut membabit beberapa dasar atau isu yang berlaku. Ini diburukkan lagi dengan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1999 apabila mengalami kekalahan di Kelantan dan Terengganu. Peristiwa tersebut telah memberikan gambaran akan pelbagai perubahan tingkahlaku, sikap, nilai dan tanggapan di kalangan rakyat dan pegawai kerajaan terhadap soal politik dan kepimpinan negara pada waktu tersebut. Ini dapat dilihat apabila timbul isu dan perdebatan mengenai sokongan kepada parti politik, fahaman dan ideologi politik, nilai profesionalisme dan nilai-nilai murni. terrnasuk juga ada kecenderungan berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sebagai suatu manifestasi longgarnya nilai kesetiaan dan kepercayaan kepada pemirnpin politik dan kerajaan yang berlaku di kalangan penjawat awam. Oleh itu, pihak pernimpin politik perlu menilai dan mengkaji semula akan tindak-tanduk atau dasar-dasar yang sedang atau akan dilaksanakan mencerminkan ketelusan, akauntabiliti dan membela nasib rakyat.