Kesedaran pelajar-pelajar UUM terhadap peruntukan-peruntukan berkaitan kebebasan asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama di Malaysia. Dokumen undang-undang bertulis ini digubal oleh Suruhanjaya Reid berasaskan empat perkara iaitu raja berperlembagaan berdasarkan demokrasi berparlimen, kedua, federalisma, ketiga, hak-hak asasi dan keempat, kedudukan istimewa orang Mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Megat Latif, Haji Hairuddin, Mohd Anuar, Haslinda
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/4076/1/hA.pdf
http://repo.uum.edu.my/4076/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama di Malaysia. Dokumen undang-undang bertulis ini digubal oleh Suruhanjaya Reid berasaskan empat perkara iaitu raja berperlembagaan berdasarkan demokrasi berparlimen, kedua, federalisma, ketiga, hak-hak asasi dan keempat, kedudukan istimewa orang Melavu. Kajian ini menjurus kepada salah satu perkara tersebut iaitu hak asasi. Di dalam perlembagaan Persekutuan, peruntukan berkaitan hak asasi diperuntukkan di bawah Perkara 5 hingga 13. Di Malaysia, hak-hak asasi mula diperkatakan apabila Perlembagaan Persekutuan 1957 dikuatkuasakan. Pada masa kini terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kesedaran terhadap hak asasi manusia semalnn meningkat di peringkat nasional. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesedaran pelajar-pelajar UUM berhubung kewujudan dan status Perlembagaan serta mengenalpasti pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai peruntuknn-peruntukan berkaitan kebebasan asasi di bawah Perlembagaan. Kajian ini adalah berbentuk penerokaan dan menggunakan analisis deskriptif untuk menjelaskan objektf kajian di mana 872 responden terlibat. Dapatan kajian menunjukkan hanya 52.7% responden sahaja yang mengetahui mengenai tarikh Perlembagaan diwujudkan. Sungguhpun demikian, berkaitan status Perlembagaan. majoriti responden mengetahui mengenainya di mana lebih daripada 90% responden mengetahuinya. Secara keseluruhannya, peratusan responden yang mempunyai pengetahuan berkaitan kebebasan asasi adalah tinggi.