Gerakan pemisah Asia Tenggara: satu perbandingan cabaran di Pattani, Thailand dan Timor Timur, Indonesia

Gerakan pemisahan di Asia Tenggara tercetus rentetan daripada tindak balas puak minoriti terhadap pemerintah yang dianggap mencabul hak asasi serta kebebasan mereka. Konsep 'self-determination' atau keiltizaman dalam hak penentuan untuk memerintah sendiri menjadi titik perjuangan para peju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee
Format: Article
Language:English
Published: Sekolah Pembangunan Sosial 2002
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/397/1/Mohd_Ainuddin_Abdullah.pdf
http://repo.uum.edu.my/397/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gerakan pemisahan di Asia Tenggara tercetus rentetan daripada tindak balas puak minoriti terhadap pemerintah yang dianggap mencabul hak asasi serta kebebasan mereka. Konsep 'self-determination' atau keiltizaman dalam hak penentuan untuk memerintah sendiri menjadi titik perjuangan para pejuang gerakan pemisah Asia Tenggara ke arah membebaskan diri daripada belenggu pihak pemerintah yang dianggap masih menjajah hak kebebasan mereka. Puak minoriti di kawasan sekitaran Asia Tenggara khususnya masyarakat Islam Melayu di Pattani, Selatan Thailand dan masyarakat di Timor Timur, Indonesia menghadapi dilema dari pihak pemerintahan serta pihak Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) bagi menentukan halatuju perjuangan mereka. Cabaran yang dihadapi oleh puak minoriti gerakan pemisahan ini disifatkan agak kritikal tetapi pengalaman di kedua-dua negeri ini adalah berbeza akibat kewujudan 'double standard' oleh pihak PBB dalam menyelesaikan masalah konflik dan kedudukan masyarakat minoriti di rantau Asia Tenggara. Perjuangan ke arah kebebasan memiliki negara sendiri akhirnya memperlihatkan Timor Timur bejaya dalam membebaskan diri tetapi masyarakat Islam Pattani masih bergelumang dalam kancah 'self determination'.