Ketaatan pengundi terhadap parti UMNO dan Pas di Kedah

Pengundian memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan struktur kerajaan dan perjalanan proses politik. Justeru itu kajian mengenai perilaku pengundi merupakan suatu subjek yang menarik di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Penelitian terhadap ketaatan pengundi merupakan salah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Basri, Ahmad Fawzi, Sakdan, Mohd Fo'ad, Saad, Shafee
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 1995
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3900/1/PROF._MADYA_DR_AHMAD_FAWZI_MOHD_BASRI_-_Ketaatan_Pengundi_Terhadap_Parti_UMNO_dan_Pas_di_Kedah_%281995%29.pdf
http://repo.uum.edu.my/3900/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengundian memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan struktur kerajaan dan perjalanan proses politik. Justeru itu kajian mengenai perilaku pengundi merupakan suatu subjek yang menarik di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Penelitian terhadap ketaatan pengundi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi dalam penentuan pengundi memilih parti manakah yang disokong pada pilihanraya yang dijalankan. Kajian ini telah meninjau seramai 91.1 orang melayu yang terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Jerlun, Pendang dan Kota Darulaman di Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa angkubah ketaatan ini bukanlah suatu yang statik. Dalam ertikata lain ia sebenarnya dipengaruhi juga oleh faktor-faktor ataupun pola demografi setempat. Dari aspek pekerjaan, mereka yang bekerja di sektor swasta akan lebih gemar melakukan 'swing vote' berbanding dengan kelompok yang lain. Hal yang sama dilakukan oleh mereka yang dikategorikan pada peringkat umur kurang daripada 30 tahun, responden yang mempunyai tahap pendidikan tinggi (universiti), serta kelompok yang mempunyai pendapatan antara RM1501.00 hingga RM2000.00. Sementara itu, bagi kategori yang lainnya tidak ada 'anjakan ketara' dari aspek ketaatan ini yang diteliti berdasarkan pola pembuangan undi pada pilihanraya 1986,1990 dan jangkaan 1995. Selain daripada itu pola penempatan jelas memberikan gambaran bahawa taburan ketaatan bagi pengundi parti PAS adalah bertumpu di kawasan luar bandar (Pendang dan Jerlun) berbanding di kawasan Kota Darulaman.