Faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengkaji hubungan di antara pengaruh psikologikal iaitu pengaruh nilai, pengaruh keperluan, pengaruh kepercayaan kepada hasil kerjaya serta taraf pendidikan dan pengaruh sosio-ekonomi iaitu pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh sekolah, pengaruh masy...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nor, Mohd Azlan, Mohamed, Mahmood Nazar
Format: Article
Language:English
Published: Agensi Antidadah Kebangsaan 2009
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3848/1/5_9.pdf
http://repo.uum.edu.my/3848/
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/5_9.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengkaji hubungan di antara pengaruh psikologikal iaitu pengaruh nilai, pengaruh keperluan, pengaruh kepercayaan kepada hasil kerjaya serta taraf pendidikan dan pengaruh sosio-ekonomi iaitu pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh sekolah, pengaruh masyarakat serta pengaruh keadaan ekonomi dalam mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni-penghuni PUSPEN. Model kajian yang dibentuk oleh pengkaji berdasarkan Teori Pembangunan Kerjaya oleh Super (1984) yang menggunakan pendekatan umur-hidup dan ruang-hidup. Kajian telah dilakukan di semua lapan buah PUSPEN di zon utara yang melibatkan seratus sembilan puluh sembilan responden yang mana terdiri daripada bangsa Melayu yang berada di fasa empat sahaja.Hasil kajian mendapati bahawa faktor keperluan dan kepercayaan kepada hasil kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni PUSPEN. Manakala faktor-faktor lain didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecenderungan bekerja penghuni PUSPEN. Hasil ujian regresi juga mendapati semua pembolehubah tidak mempunyai hubungan dalam mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni PUSPEN.