Industri pelancongan pinggir pantai: Impak ekonomi dan sosial

Walaupun sejarah pengembaraan di Malaysia telah bermula sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke 15, namun industri pelancongan hanya telah diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan sehingga awal tahun 1970an (Kadir Din,1997). Perkembangan industri ini telah bermula semasa industri utam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Maria
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3742/1/ind.pdf
http://repo.uum.edu.my/3742/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Walaupun sejarah pengembaraan di Malaysia telah bermula sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke 15, namun industri pelancongan hanya telah diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan sehingga awal tahun 1970an (Kadir Din,1997). Perkembangan industri ini telah bermula semasa industri utama negara iaitu bijih timah dan getah asli mula mengalami kemerosotan dan pendapatan eksport dari komoditi tersebut semakin berkurangan (Hitchcock, King dan Parnwell, 1993). Kerajaan membangunkan industri pelancongan sebagai memenuhi objektif pembangunan negara iaitu meningkatkan hasil negara, gunatenaga, mempelbagaikan asas ekonomi dan merangsang pembangunan wilayah. Sejak itu, industri ini telah berkembang pesat sehingga telah menjadi sebuah industri yang penting. Dalam tahun 2003, industri pelancongan menyumbang 4.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bilangan kemasukan pelancong asing adalah seramai 10.58 juta orang dengan pendapatan kepada negara sebanyak RM21,291.1 juta (Malaysia, 2003). Pergantungan industri ini kepada faktor luaran, perubahan gelagat pengguna, persaingan dan keadaan ekonomi dan politik negara destinasi menyebabkan ia menjadi industri yang sensitif dan kurang stabil. Wabak Sindrom Pernafasan Yang Akut (SARS), pencerobohan ke atas Iraq, serangan ke atas Bali dan kebimbangan pelancong terhadap aktiviti keganasan telah mempengaruhi bilangan ketibaan pelancong asing ke Malaysia. Dalam bulan April 2003, bilangan pelancong telah jatuh kepada 457,000 orang. Ketibaan pelancong dari China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura telah berkurangan kerana sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas negara-negara ini untuk membendung wabak SARS (Malaysia, 2003). Walau bagaimanapun peningkatan dalam bilangan ketibaan pelancong asing sebanyak 71.7 peratus sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2004 akan menyebabkan sasaran bilangan pelancong berjumlah 15 juta orang dengan pendapatan berjumlah RM30 juta bagi tahun 2004 akan tercapai (Malaysia, 2004a). Sehubungan itu,aktiviti pelancongan perlu dipelbagaikan untuk terus mempromosikan Malaysia dan menjadikan industri pelancongan satu industri yang berdaya saing. Menurut Harssel (1994), aktiviti pelancongan boleh lklasifikasikan kepada 10 jenis iaitu pelancongan alam semulajadi, pelancongan budaya, pelancongan sosial, pelancongan aktif, pelancongan reakreasi, pelancongan sukan, pelancongan terkhusus, pelancongan keagamaan, pelancongan kesihatan dan pelancorlgan etnik. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan impak ekonomi dan sosial pelancongan pinggir pantai serta prospek dan cabaran industi ini. Bahagian pertama akan membincangkan secara umum zon pinggir pantai. Bahagian kedua akan membincangkan industri pelancongan pinggir pantai. Untuk tujuan kertas kerja ini perbincangan hanya meliputi Semenanjung Malaysia. Bahagian ketiga akan membincangkan impak ekonomi dan sosial pelancongan pinggir pantai. Seterusnya,prospek dan cabaran industri ini akan dibincangkan dalam bahagian keempat. Kesimpulan dan cadangan untuk menghasilkan industri pelancongan pinggir pantai yang efisien dan berdaya saing akan dibincangkan dalam bahagian terakhir.