Pengaruh faktor kekurangan kemahiran terhadap pengangguran siswazah

Kajian ini cuba meneroka pengaruh faktor kekurangan kemahiran terhadap pengangguran siswazah. Kajian empirikal terdahulu menunjukkan faktor kemahiran merupakan kriteria pemilihan utama dalam pengrekrutan siswazah. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba mengkaji lima pembolehubah utama dalam kemahir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Ahmad Martadha, Afendi, Suekadiana
Other Authors: Sabri, Jasni
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Majlis Perumahan Universiti-Universiti Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3617/1/Ah.pdf
http://repo.uum.edu.my/3617/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000235933
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini cuba meneroka pengaruh faktor kekurangan kemahiran terhadap pengangguran siswazah. Kajian empirikal terdahulu menunjukkan faktor kemahiran merupakan kriteria pemilihan utama dalam pengrekrutan siswazah. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba mengkaji lima pembolehubah utama dalam kemahiran iaitu kemahiran bahasa, kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat, kemahiran kendiri, kemahiran hubungan manusia, dan kemahiran keusahawanan. Premis kajian berlandaskan bahawa faktor kekurangan dalam kemahiran-kemahiran tersebut akan mempengaruhi pengangguran siswazah. Responden kajian adalah terdiri daripada 50 organisasi perkhidmatan yang terletak di Alor Setar, Kedah. Borang-borang soal selidik telah diedarkan kepada pengurus sumber manusia dan 34 daripada 50 pengurus tersebut (68%) telah menjawab dan mengembalikan borang soal selidik tersebut. Analisis regresi menunjukkan hanya kemahiran kendiri (interpersonal skills) yang mempunyai hubungan yang signifikan terhadap punca pengangguran siswazah. Ini menunjukkan kemahiran-kemahiran lain tidak begitu ditekankan oleh organisasi perkhidmatan sebagaimana yang diutarakan oleh pelbagai pihak sebelum ini. Kajian ini mempunyai implikasi yang besar terutama kepada jabatan ha1 ehwal pelajar (HEP) agar pegawai-pegawai di HEP dapat merangka lebih banyak program-program yang boleh meningkatkan lagi kemahiran kendiri pelajar seiring dengan permintaan dari pasaran pekerjaan.