Sikap komuniti setinggan tebingan sungai: Pencemaran dan pengurusannya

Sikap komuniti setinggan tebingan sungai dan hubungannya dengan pencemaran sungai merupakan suatu isu yang belum selesai. Makalah ini bertujuan membincangkan dan perkara asas iaitu pertama sikap komuniti setinggan tebingan sungai dan hubungannya dengan pencemaran sungai.Kedua keperluan pengurusan ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Hamidi, Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah, Mariyappan, Raman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3537/1/H.pdf
http://repo.uum.edu.my/3537/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sikap komuniti setinggan tebingan sungai dan hubungannya dengan pencemaran sungai merupakan suatu isu yang belum selesai. Makalah ini bertujuan membincangkan dan perkara asas iaitu pertama sikap komuniti setinggan tebingan sungai dan hubungannya dengan pencemaran sungai.Kedua keperluan pengurusan bagi mengurangkan masalah pencemaran sungai oleh komuniti setinggan. Penulisan makalah ini berupa kertas konsep yang mengupas isu secara ringkas dengan berpandukan rujukan serta penulisan penulis terdahulu. Artikel ini berpandangan bahawa, masalah sikap penghuni setinggan tebingan sungai sememangnya menjadi masalah kepada sistem pengurusan alum sekitar kerana bukti yang didapati bahawa pembentukan komuniti setinggan telah mencemarkan sungai dan seolah-olah mencabar perundangan negara atau jabatan-jabatan kerajaan terlibat. Sikap mereka ini sekaligus menggagalkan usaha kerajaan dalam menguruskan alam sekitar pada masa kini. Kegagalan sistem pengurusan sedia ada yang hanya menekankan kerajaan segalanya dalam mengurus pembangunan perlu kepada perubahan paradigma iaitu menukarkan bentuk pengurusan alam sekitar secara keseluruhan iaitu berpaksikan pengurusan secara urustadbir yang mementingkan penglibatan atau kerjasama semua pihak baik kerajaan sebagai peneraju, kemudian disokong sepenuhnya oleh masyarakat, pihak swasta dan NGO.