Analisis Persepaduan Infrastruktur Sosial dengan Data Raya (Big Data) Komuniti dan Usahawan Setempat di Bukit Kayu Hitam, Kedah (S/O 14558)
Peningkatan elemen kesalinghubungan di wilayah utara sempadan Malaysia-Thailand telah banyak teijalin menerusi maklumat yang dikongsikan di pelantar media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan lain-lain yang juga memberi impak ke atas daya tahan infrastruktur sosial usahawan di Bukit Kayu...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31998/1/14558.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31998/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peningkatan elemen kesalinghubungan di wilayah utara sempadan Malaysia-Thailand telah banyak teijalin menerusi maklumat yang dikongsikan di pelantar media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan lain-lain yang juga memberi impak ke atas daya tahan infrastruktur sosial usahawan di Bukit Kayu Hitam. Faktor ini juga dipengaruhi oleh pertalian infrastruktur sosial yang telah wujud di antara rakyat (people-to-people) di ruang sempadan. Di sisi sebaliknya, kesalinghubungan ini juga memberi impak ke atas
berkurangnya tarikan jumlah pengunjung sama ada dari dalam dan luar yang datang untuk berbelanja serta menggunakan perkhidmatan sosial di wilayah utara sempadan Malaysia
menerusi data yang diperolehi daripada pelantar media sosial. Justeru, kemudahan teknologi digital dan kekuatan jaringan infrastruktur sosial yang sepatutnya memberi kelebihan telah menjadi cabaran besar khususnya dalam aspek kelestarian pendapatan komuniti dan usahawan tempatan melalui pemiagaan serta perkhidmatan sosial yang diusahakan seperti di wilayah utara sempadan Malaysia. Tambahan, lambakan barangan dan perkhidmatan sosial seperti produk pelancongan, makanan, tekstil, kebudayaan dan lain-lain yang disediakan di Selatan Thailand telah pun menembusi segmen pasaran di wilayah utara sempadan Malaysia yang juga boleh dinikmati pengunjung dengan nilai
yang lebih berpatutan. Sekiranya realiti ini berterusan, ia dijangka memberi pertaruhan besar ke atas bentuk pertumbuhan sosio-ekonomi dan peranan kerajaan tempatan dalam menghadapi isu ketakseimbangan yang dihadapi komuniti setempat. Berdasarkan
penyelesaian intelektual yang dikemukakan, ia bertepatan dengan objektif kajian ini iaitu menyebar luas kemakmuran komuniti menerusi manfaat teknologi digital secara saksama dan bersama. Penyelidikan penerokaan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan tumpuan ke atas kajian lapangan (primer) serta kepustakaan (sekunder). Sumber primer dan sekunder ini menggunakan strategi quadruple hilex iaitu gabungan data mikro primer, makro sejarah, kontemporari dan pengekstrakan data raya. Hasil penyelidikan ini diharap akan membantu meningkatkan daya tahan usahawan di kawasan sempadan yang telah mempunyai kelebihan dari segi infrastruktur sosial dan dapat menggabungkannya dengan aspek teknologi maklumat melalui penggunaan media sosial selaras dengan arus pendigitalan terkini dalam semua bidang. |
---|