Model Ramalan dan Klasifikasi bagi Sistem E-mel UUM (S/O 13438)
E-mel telah berkembang menjadi salah satu aplikasi komputer yang paling berguna dan digunakan secara meluas sejak kewujudannya. la boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan lebih cepat, lebih mudah, dan dengan kos yang lebih rendah dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia untuk urusan rasmi mahupun p...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31925/1/13438-%20Technical%20Report.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31925/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | E-mel telah berkembang menjadi salah satu aplikasi komputer yang paling berguna dan digunakan secara meluas sejak kewujudannya. la boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan lebih cepat, lebih mudah, dan dengan kos yang lebih rendah dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia untuk urusan rasmi mahupun peribadi. Walaupun e-mel dapat meningkatkan kualiti komunikasi, para penyelidik mengakui bahawa terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh pengguna e-mel, antaranya e-mel
yang diterima berulang-ulang, e-mel spam, e-mel dengan fail lampiran bersaiz besar, dan ini menyebabkan peti simpanan e-mel cepat penuh. Situasi yang sama berlaku di kalangan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM). Sehubungan itu, satu kajian kes telah dijalankan untuk menyiasat persepsi kakitangan Universiti Utara Malaysia dan penggunaan e-mel untuk meningkatkan perkhidmatan e-mel yang diberikan kepada mereka. Di samping itu, satu model ramalan dan klasifikasi telah dibentuk untuk meramal dan mengklasifikasikan corak penggunaan e-mel di kalangan staff UUM. Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan bercampur, iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif melibatkan kaedah temu bual separa berstruktur, di mana pandangan staf terhadap e-mel UUM telah dikaji. Seterusnya pendekatan kuantitatif digunakan di dalam kajian ini yang melibatkan penggunaan soal selidik di mana analisis deskriptif telah digunakan. Selain itu, perlombongan data ramalan telah digunakan. Kajian ini telah dilaksanakan dalam 3 fasa, iaitu kajian empirikal, pembangunan model ramalan dan klasifikasi serta
pengujian model ramalan dan klasifikasi. Hasil daripada kajian ini dapat digunakan untuk menambah baik penggunaan e-mel serta polisi penggunaan e-mel di UUM. Lebih penting lagi, kajian ini dapat menyumbang di dalam bidang perlombongan data ramalan. |
---|