Kajian perbandingan dasar luar Malaysia dengan Yugoslavia era perang dingin

Kajian ini adalah kajian perbandingan dasar luar Malaysia di bawah Tunku Abdul Rahman dengan Yugoslavia yang dipimpin oleh Josip Broz Tito dalam isu keselamatan dan kedaulatan negara. Tempoh masa kajian adalah pada tahun 1945 sehingga 1970 iaitu dalam era Perang Dingin. Ketika itu dunia terbahagi ke...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Mat Enh, Azlizan, Hamzah, Zubaidah, Ahmad, Mohd Samsudin Rupawan, Yaacob, Farah Afizah, Yunos, Nadiah
其他作者: Mohd Sani, Mohd Azizuddin
格式: Book Section
語言:English
出版: Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts, Universiti Utara Malaysia 2010
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/3172/1/S8.pdf
http://repo.uum.edu.my/3172/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini adalah kajian perbandingan dasar luar Malaysia di bawah Tunku Abdul Rahman dengan Yugoslavia yang dipimpin oleh Josip Broz Tito dalam isu keselamatan dan kedaulatan negara. Tempoh masa kajian adalah pada tahun 1945 sehingga 1970 iaitu dalam era Perang Dingin. Ketika itu dunia terbahagi kepada dua blok iaitu demokrasi dan komunis. Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin negara Malaysia yang baru merdeka daripada Britain pada tahun 1957 melihat komunis sebagai ancaman kepada keselamatan negara dan bekerjasama membantu Amerika membanteras komunis di Asia. Berbeza dengan Yugoslavia, walaupun sebuah negara sosialis tetapi telah menghadapi ancaman dan tekanan daripada komunis Soviet sejurus selepas Perang Dunia ke II apabila negara itu dilabelkan oleh Soviet sebagai pengkhianat kepada perjuangan dan ideologi komunis. Artikel ini akan mengkaji dasar luar kedua-dua pemimpin negara tersebut dalam menghadapi ancaman luar dan melihat keberkesanan dasar luar mereka dalam konteks keselamatan negara masing-masing ketika era Perang Dingin. Perbincangan kepada artikel ini adalah berasaskan analisis ke atas sumber-sumber dokumen yang diperolehi di dan Arkib Negara Malaysia dan Arkib National Washington, DC. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dasar luar Malaysia era Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat dan Yugoslavia oleh Tito yang mengamalkan dasar luar yang neutral dan bebas daripada mana-mana blok adalah mengikut kepentingan semasa keadaan negara masing-masing ketika berhadapan dengan ancaman anasir luar.