Kebolehterimaan dan Keberkesanan PDP Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Secara Dalam Talian: Analisis Kesilapan Sebutan Pelajar Antarabangsa (S/O 14779)

Kajian ini didorong oleh keperluan penyelidik untuk melihat sejauh mana kesan perubahan landskap pendidikan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing yang terpaksa dibuat agar sesuai dengan keadaan semasa akibat pandemik yang berlaku. Masalah utama yang mendoro...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Juwati, Ahmad Shukeri, Nasrol Hadi, Jalil, Hayati, Ya'acob, Che Hasniah
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31601/1/14779%20laporanteknikal.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31601/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini didorong oleh keperluan penyelidik untuk melihat sejauh mana kesan perubahan landskap pendidikan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing yang terpaksa dibuat agar sesuai dengan keadaan semasa akibat pandemik yang berlaku. Masalah utama yang mendorong kajian ini adalah guru/ tenaga pengajar tidak mengetahui sama ada pelajar dapat menerima dengan baik atau sebaliknya perubahan yang berlaku iaitu peralihan daripada pengajaran dan pembelajaran(PDP) secara bersemuka kepada PDP secara dalam talian. Matlamat utama kajian adalah untuk mendapatkan gambaran tentang tahap kebolehterimaan pelajar terhadap salah satu kaedah PDP yang dijalankan iaitu aplikasi Flipgrid dan meninjau persepsi pelajar terhadap keberkesanan kaedah ini, di samping mengenal pasti bentuk kesilapan sebutan yang sering dilakukan oleh pelajar, bagi tujuan membentuk satu garis panduan atau rujukan dalam mengajar kemahiran membaca kepada pelajar antarabangsa ini supaya dapat menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik.Kaedah penyelidikan yang dijalankan adalah melalui kaedah kualitatif di mana borang soal selidik diedarkan kepada semua responden melalui Google Form. Kajian ini mendapati peratusan pelajar antarabangsa yang dapat menerima kaedah ini adalah tinggi dan menganggap bahawa kaedah PdP melalui aplikasi Flipgrid adalah berkesan. Melalui analisis bacaan pelajar pula, tenaga pengajar dapat mengenal pasti kelemahan pelajar secara khusus dan boleh dijadikan garis panduan untuk mengajar dengan lebih berkesan.Penemuan kajian mendapati pelajar berminat untuk mengikuti PDP yang dijalankan secara dalam talian dan beranggapan bahawa kaedah ini mampu memberikan kesan positif dan dapat membantu mereka meningkatkan penguasaan bahasa Melayu. Namun dapatan analisis video bacaan pelajar pula mendapati keberkesanan penggunaannya dalam dalam PDP kemahiran membaca masih belum mencapai tahap yang membanggakan memandangkan masih terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran ini dengan baik.Sumbangan utama kajian adalah membuat penambahbaikan ke atas kaedah dan modul pengajaran bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa khususnya kemahiran membaca dan mencadangkan satu kaedah alternatif yang sesuai dan berkesan serta dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu, seterusnya mampu mengembangkan Bahasa Melayu ke peringkat global