Tinjauan Faktor Peramal Terhadap Efikasi Kendiri Guru Pelatih Semasa Menjalani Latihan Mengajar (S/O 14827)
Pelan Pembargunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) menekankan aspek kualiti seperti yang termaktub dalam anjakan ke empal. Program latihan mcngajar ialah salah satu daripada komponen penting dalam program pendidikan guru. Seharusnya, guru-gum pelatih atau pelajar dalam program pendidik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31591/1/14827.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31591/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelan Pembargunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) menekankan aspek kualiti seperti yang termaktub dalam anjakan ke empal. Program latihan mcngajar ialah salah satu daripada komponen penting dalam program pendidikan guru. Seharusnya, guru-gum pelatih atau pelajar dalam program pendidikan bersedia dan mempunyai efikasi yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah setelah melalui berbagai kursus sepanjang program pengajian. Namun, kajian lepas mendapati terdapat guru pelatih yang mempunyai tahap efikasi yang rendah dan sederhana semasa melalui latihan rnengajar. Malah, analisis kajian lepas tidak menampakkan satu model yang jelas berkenaan unsur-unsur yang dapat membangunkan guru pelatih yang berefikasi tinggi dalam persekitaran latihan mengajar. Objektif kajian ini ialah untuk menguji faktorfakor peramal yang dikenal pasti bagi memperlihatkan satu struktur model terhadap efikasi kendiri guru pelatih dalam situasi yang spesifik. Kajian ini melibatkan sampel seramai 134 orang guru pelatih di Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Kaedah kuantitif sepenuhnya digunakan dalam kajian ini dengan proses analisis data menggunakan perisiam IBM Statistics versi 25 dan Smart PLS-SEM 3.3. Hasil kajian mendapati bahawa aspek penyeliaan pensyarah, birnbingan guru pembimbing, pengetahuan pedagogi kandungan, pemerhatian pengajaran rakan dan kecerdasan emosi merupakan penyumbang yang signifikan terhadap efikasi kendiri guru pelatih yang dijelaskan dengan sumbangan varians sebanyak 97% (R 2 = 0. 97). Dapatan kajian ini memberi sumbangan kepada bidang psikologi pendidikan dan penambahbaikan dalam program latihan mengajar terutama dalam aspek latihan mengajar. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan awal dalam merangka modul penyeliaan pensyarah, modul bimbingan guru pembimbing, modul kecerdasan emosi dan pemantapan penguasaan pedagogi kandungan |
---|