Aplikasi Saringan Pemilihan Penerima Zakat Dalam Kalangan Staf dan Pelajar Universiti Utara Malaysia (S/O 14725)

Era digital telah menghasilkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertindak sebagai agen penyebar maklumat yang boleh meningkatkan kesedaran kepada semua pihak yang berkepentingan. ICT merupakan pengaruh utama dalam kehidupan masyarakat yang mana ICT bertindak sebagai wadah pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Rokiah, Lode, Nor Asma, Khairudin, Norhaiza, Azizan, Mohamad Zaidi
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31583/1/14725.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31583/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Era digital telah menghasilkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertindak sebagai agen penyebar maklumat yang boleh meningkatkan kesedaran kepada semua pihak yang berkepentingan. ICT merupakan pengaruh utama dalam kehidupan masyarakat yang mana ICT bertindak sebagai wadah penyampaian maklumat yang berkualiti, tepat dan terkini. Pelbagai aplikasi telah direka untuk memudahkan pengguna berkomunikasi terutamanya dalam bidang pendidikan, kewangan dan pengurusan. Dengan menggunakan maklumat yang terdapat di dalam borang permohonan bantuan zakat staf dan borang permohonan bantuan zakat pelajar, satu aplikasi telah dibangunkan menggunakan format Microsoft Excel. Aplikasi saringan zakat yang dicipta telah dirujuk kepada Jabatan Pendaftar (SSSU-HEPA) UUM dan juga Lernbaga Zakat Negeri Unit Sokongan Kedah bagi menentukan kebolehgunaan aplikasi. Mengambilkira cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh pihak berkaitan, aplikasi ini telah dimuktamadkan dan diuji dengan menggunakan data yang dibekalkan. Berdasarkan penggunaan aplikasi yang telah dihasilkan untuk mendapatkan status layak bagi pemohon/penjaga pelajar yang mempunyai pendapatan isirumah maksimum RM4,000 seperti yang telah ditetapkan oleh pihak UUM, seseorang pemohon mesti mempunyai bilangan tanggungan sekurang-kurangnya empat orang termasuk isteri/suami serta mendiami rumah sewa. Pemohon juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang belajar di IPT. Sekiranya tiada anak yang belajar di IPT bilangan tangungan pemohon perlulah sekurang-kurangnya lima orang. Namun bilangan tanggungan ini boleh dikurangkan sekiranya terdapat isirumah yang mempuyai sakit kronik atau terlantar, Orang Kelainan Upaya, belanja isteri/anak yang ditinggalkan, pemohon menghidap sakit buah pinggang ataupun pemohon bersatus ibu tunggal. Umumnya aplikasi yang dihasilkan dari kajian ini boleh membantu pihak Pendaftar UUM dan SSSU HEPA menyaring staf dan pelajar yang layak menerima bantuan. Aplikasi ini mudah digunakan dan dapat menentukan status kelayakan zakat staf/pelajar dalam masa yang singkat. Di samping itu aplikasi ini juga boleh digunakan oleh LZNK dan organisasi lain untuk menyaring golongan atau kakitangan yang layak menerima zakat bagi membolehkan penyaluran bantuan kepada golongan sasar dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan di samping mengurangkan ketirisan dari segi pengagihan bantuan