Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan ahli komuniti dalam program pembangunan komuniti: Satu kajian ke atas program homestay di Kedah

Pemuliharaan sumber warisan terrnasuk sumber budaya dan alam sekitar serta pembangunan negara merupakan dua konsep yang dilihat sebagai bercanggah antara satu dengan lain berdasarkan penilaian yang digunakan untuk menilai kedua-dua konsep tersebut. Pembangunan negara lazimnya diukur menggunakan Kel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kayat, Kalsom, Mohd Nor, Nor Ashikin
Other Authors: Ismail, Hamidi
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2006
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3157/1/Kalsom_Kayat_%26_Nor_Ashikin_Mohd_Nor01.pdf
http://repo.uum.edu.my/3157/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000242613
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemuliharaan sumber warisan terrnasuk sumber budaya dan alam sekitar serta pembangunan negara merupakan dua konsep yang dilihat sebagai bercanggah antara satu dengan lain berdasarkan penilaian yang digunakan untuk menilai kedua-dua konsep tersebut. Pembangunan negara lazimnya diukur menggunakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) manakala pemuliharaan sumber diukur melalui indeks pencemaran alam sekitar dan kadar kepupusan sumber budaya. Kedua-duanya dilihat sebagai bercanggah kerana ramai yang berpendapat bahawa agak mustahil untuk sesebuah negara itu untuk mencapai KDNK yang tinggi dan dalam masa yang sama mampu memulihara sumber yang diwarisinya. Namun begitu, adalah tidak asing untuk kita melihat destinasi pelancongan menekankan aspek pemuliharaan sebagai salah satu objektif dalam polisi pembangunan pelancongan melalui penggunaan istilah kelestarian dalam rangka polisi dan perancangan mereka. Pendekatan ini disebut sebagai pembangunan yang berorientasikan pemuliharaan sumber yang sedia ada supaya sumber ini, sama ada sumber semula jadi atau sumber budaya, dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.