Memaknakan Cinta: Perspektif Penghasilan dan Penerimaan ke Arah Mempertimbangkan Semula Kedudukan Novel Cinta Popular (S/O 12892)

Novel cinta mendapat reputasi yang negatif walaupun ia antara genre yang paling popular dalam kalangan pembaca. Reputasi rendah yang diberikan kepada karya ini mempengaruhi aktiviti penganalisisan oleh sarjana. Sarjana genre cinta melihat pandangan negatif terhadap genre ini bertitik-tolak daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Halim, Rohizah, Shaik Ismail, Sharifah Fazliyaton
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31565/1/12892.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31565/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Novel cinta mendapat reputasi yang negatif walaupun ia antara genre yang paling popular dalam kalangan pembaca. Reputasi rendah yang diberikan kepada karya ini mempengaruhi aktiviti penganalisisan oleh sarjana. Sarjana genre cinta melihat pandangan negatif terhadap genre ini bertitik-tolak daripada faktor yang berkait dengan aspek penghasilan dan penerimaan. Novel cinta ialah karya bergender, dalam erti kata ia dihasilkan oleh wanita kepada wanita. Oleh itu, penyelidikan ini menumpukan kepada usaha untuk memahami genre dari perspektif penghasil dan penerima. Kutipan data dilakukan dengan mengenal pasti penerbit yang menerbitkan genre cinta. Sebanyak tujuh penerbit, iaitu syarikat Fajar Pakeer, Karya Seni, Kaki Novel, Buku Prima, Karya Seni, Jemari Seni dan SR Publication ditemu ramah untuk mendapatkan maklumat tentang amalan penerbitan dan pemahaman penerbit tentang genre cinta. Penulis seperti Hani Fazuha, Melur Jelita dan Siti Rosmizah turut ditanya tentang pemahaman mereka tentang karya cinta. Untuk mendapat pengetahuan tentang pembaca, penyelidikan ini menggunakan kaedah temu bual berfokus kumpulan. Sebanyak dua kumpulan pembaca; empat orang dari Lembah Kelang/Selangor dan empat orang kawasan utara (Kedah/Perlis) ditemu ramah dalam dua sesi. Dapatan daripada penerbit menunjukkan bahawa hasil yang dipasarkan melalui proses pemilihan dan penyuntingan manuskrip yang teliti. Karya yang dihasilkan dipengaruhi oleh sosio-budaya masyarakat Melayu secara khusus dan sosio-politik Malaysia secara khusus. Penerbit mempunyai peraturan umum tentang elemen kebolehterbitan karya. Saiz syarikat mempengaruhi amalan penerbitan karya, dengan syarikat yang agak besar seperti Buku Prima mempunyai program khusus untuk meningkatkan kemahiran penulis. Sebagai sebahagian daripada penerbit, amalan penghasilan karya oleh penulis yang telah diterbitkan menunjukkan bahawa peraturan sosiobudaya-politik ini mempengaruhi proses penghasilan karya. Dapatan daripada pembaca memperjelaskan lagi pengaruh sosiobudaya sebagai satu elemen yang diserap oleh pembaca dalam proses pembacaan karya. Daya tarikan kepada genre ini bersifat universal dengan elemen psikologikal memainkan peranan penting. Oleh itu, usaha memahami genre walaupun dari aspek penghasilan dan penerimaan harus kembali kepada elemen genre