Kesediaan Pelajar Program Pendidikan Terhadap Kursus Keusawahanan di Universiti Utara Malaysia (S/O 14605)

Pendidikan perlu dilaksanakan bagi memastikan pelajar dapat pendedahan kepada ilmu, kemahiran dan nilai tam bah dalam bidang keusahawanan dan anjakan minda daripada job seeker kepada job creator. Institusi pendidikan sebagai pusat pembangunan keusahawanan perlu memainkan peranan yang besar dalam mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sankaran, Surendran, Saad, Norazlinda
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31549/1/14605.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31549/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan perlu dilaksanakan bagi memastikan pelajar dapat pendedahan kepada ilmu, kemahiran dan nilai tam bah dalam bidang keusahawanan dan anjakan minda daripada job seeker kepada job creator. Institusi pendidikan sebagai pusat pembangunan keusahawanan perlu memainkan peranan yang besar dalam memupuk persekitaran keusahawanan yang menggabungkan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembangunan nilai keusahawanan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Pengetahuan dan Kemahiran Keusahawanan dengan Kesediaan Pelajar program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan. Pendekatan kajian kuantitatif dalam kajian ini adalah berbentuk korelasi. Populasi kajian ini adalah 148 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Utara Malaysia. Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih sampel kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dari kajian-kajian lepas. Instrumen Pengetahuan dan Kemahiran Keusahawanan mempunyai nilai pekali Cronbach alpha 0.89 dan instrumen Kesediaan Pelajar program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan mempunyai nilai pekali Cronbach alpha 0.91. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian-t sampel bebas dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan Kesediaan Pelajar Program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Pengetahuan dan Kemahiran Keusahawanan dengan Kesediaan Pelajar program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa pihak universiti perlu mengadakan pelbagai aktiviti untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang keusahawanan supaya dapat meningkatkan Kesediaan Pelajar program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan