Produk Berlogo Halal VS Produk Muslim: Faktor Pemilihan Pengguna Muslim (S/O 14553)

Pemilihan makanan halal merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan setiap pengguna Muslim. Justeru, kefahaman yang baik terhadap aspek-aspek pemilihan makanan diperlukan bagi memastikan umat Islam mengambil produk makanan yang mematuhi syariah. Berikutan kemunculan isu “Buy Musl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mhd Khotib, Nor Aina
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31534/1/14553.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31534/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemilihan makanan halal merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan setiap pengguna Muslim. Justeru, kefahaman yang baik terhadap aspek-aspek pemilihan makanan diperlukan bagi memastikan umat Islam mengambil produk makanan yang mematuhi syariah. Berikutan kemunculan isu “Buy Muslim First” atau BMF, pengguna Muslim digalakkan untuk membeli produk keluaran Muslim. Walau bagaimanapun, kebanyakan produk keluaran Muslim tidak mempunyai logo halal. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi pengguna Muslim terhadap “produk berlogo halal” dan “produk Muslim” serta faktor penentu kepada pemilihannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Informan dipilih dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia iaitu seramai 22 orang pelajar. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan yang menggunakan kaedah temu bual sebagai kaedah mengumpulan data. Temu bual dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Webex. Soalan temu bual melibatkan dua konstruk utama, iaitu persepsi dan penentu kepada pemilihan. Analisis kajian menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa informan mempunyai kesedaran yang baik terhadap produk berlogo halal kerana majoriti mereka akan memilih produk yang mempunyai logo halal berbanding produk Muslim. Hal ini menunjukkan bahawa Isu “Buy Muslim First” tidak mempengaruhi pengguna Muslim terhadap keyakinan mereka kepada produk berlogo halal. Implikasi kajian ini adalah dapat membantu usahawan Muslim dalam meningkatkan kualiti perniagaan mereka seperti memohon pensijilan halal memandangkan hasil kajian menunjukan pengguna lebih mementingkan produk yang mempunyai logo halal