Retorik dan Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan Makalah Ilmiah dalam Jurnal Berimpak Tinggi (S/O 14267)
Retorik bermaksud seni menggunakan bahasa dengan menampilkan teknik dan pengetahuan berkaitan bahasa untuk menyampaikan sesuatu perkara dengan berkesan. Dalam penulisan ilmiah, penggunaan retorik penting untuk membina keyakinan pembaca terhadap dapatan kajian yang disajikan. Kajian ini dijalankan un...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31532/1/14267.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31532/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Retorik bermaksud seni menggunakan bahasa dengan menampilkan teknik dan pengetahuan berkaitan bahasa untuk menyampaikan sesuatu perkara dengan berkesan. Dalam penulisan ilmiah, penggunaan retorik penting untuk membina keyakinan pembaca terhadap dapatan kajian yang disajikan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis retorik dalam penulisan makalah ilmiah bersandarkan skema retorik penulisan Brooks dan Warren (1979) dan menganalisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dalam penulisan. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data kajian terdiri daripada 24 makalah berbahasa Melayu dimuat turun dari laman sesawang Jurnal KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities. Dapatan kajian menunjukkan daripada lima jenis retorik yang dikaji hanya empat jenis retorik digunakan dalam penulisan makalah penyelidikan, iaitu jenis deskriptif, eksposisi, argumentatif dan naratif. Penulisan makalah ilmiah didominasi oleh jenis retorik eksposisi dan jenis argumentatif. Jenis eksposisi dan jenis argumentatif merupakan jenis retorik tidak terikat dan dapat berdiri sendiri dalam penulisan. Manakala jenis retorik deskriptif dan jenis naratif ialah jenis retorik terikat serta tidak dapat berdiri sendiri dalam penulisan |
---|