Program Perundingan Kesedaran Zakat Padi di Negeri Kedah
Pengertian zakat adalah penyucian harta benda di mana kadar tertentu dikeluarkan daripada harta yang tertentu mengikut pengiraan yang telah ditetapkan oleh hukum Syarak. Kadar yang dikeluarkan akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan mengikut definisi asnaf yang telah ditetapkan. Pengurusan za...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31525/1/14538.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31525/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengertian zakat adalah penyucian harta benda di mana kadar tertentu dikeluarkan daripada harta yang tertentu mengikut pengiraan yang telah ditetapkan oleh hukum Syarak. Kadar yang dikeluarkan akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan mengikut definisi asnaf yang telah ditetapkan. Pengurusan zakat padi seperti yang telah dipersetujui diletakkan di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) secara khususnya bagi negeri Kedah dan setiap negeri mempunyai pusat tanggungjawab yang telah diputuskan. Projek perundingan Zakat Padi di negeri Kedah yang dijalankan adalah berdasarkan lima objektif utama iaitu: (i) mengetahui punca sebenar kenapa pembayar zakat padi tidak membayar menerusi saluran rasmi (LZNK); (ii) mengenalpasti faktor-faktor kenapa pembayar zakat padi membayar menerusi saluran rasmi (LZNK); (iii) mengetahui tahap kesedaran pembayar zakat padi membayar melalui saluran rasmi; (iv) mengenalpasti cabaran LZNK dalam menangani kutipan zakat padi yang rendah; dan (v) mencadangkan strategi-strategi untuk meningkatkan kesedaran membayar zakat padi di kalangan penanam padi atau pemilik padi menerusi saluran rasmi. Sehubungan itu, sampel kajian adalah individu yang terdiri daripada pesawah atau pemilik sawah di negeri Kedah yang dipilih secara rawak dari beberapa kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sekitar daerah Kubang Pasu, Pendang, Padang Terap dan Pokok Sena. Kutipan data yang digunapakai adalah secara temuramah berdasarkan soalan-soalan berstruktur dan juga terbuka kepada pendapat, pengalaman dan pandangan pesawah atau pemilik sawah berkaitan kewajipan pembayaran zakat padi ke saluran rasmi atau tidak rasmi. Di samping itu, terdapat juga kaedah pengedaran soal selidik di kalangan pesawah yang mengunjungi PPK. Seramai 163 pesawah telah memberi kerjasama sebagai responden bagi projek perundingan ini. Keseluruhan dapatan menunjukkan 49.7 peratus pesawah memilih saluran tidak rasmi dalam melaksanakan tanggungjawab membayar zakat padi. Seramai 41.7 peratus membayar zakat padi menerusi saluran rasmi dan seramai 8.6 peratus melaksanakan tanggungjawab zakat padi menerusi kedua-dua saluran di mana separuh dibayar kepada pejabat zakat negeri atau amil setempat dan separuh lagi diagihkan sendiri kepada asnaf sekeliling yang memerlukan. Dari perspektif pentadbir zakat, pelbagai cabaran telah dihadapi dalam usaha mengutip zakat padi ini. Di antaranya seperti kepercayaan yang goyah terhadap LZNK; pendekatan tiada sambutan; keberkesanan pemantauan amil yang kurang; dan kutipan tidak berkesan. Justeru itu, beberapa langkah atau strategi dicadangkan demi mengatasi masalah yang dihadapi oleh LZNK. Di antaranya ialah melalui lantikan amil di kalangan kumpulan yang dipersetujui atau professional; program kesedaran berkala kepada amil, pesawah dan broker; program menyantuni pembayar zakat padi, amil dan broker yang menunjukkan prestasi yang baik; pendekatan komunikasi yang lebih berkesan, berbentuk memujuk dan perkongsian ilmu. Strategi yang dicadangkan merupakan sumbangan projek perundingan ini terhadap ilmu dan pembuat keputusan di samping batasan serta cadangan perundingan di masa hadapan yang boleh dijadikan panduan |
---|