Pembinaan Kerangka Bahasa Melayu Lisan Dalam Membentuk Korpus Teras Identiti Penutur Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (S/O 13134)

Bahasa lisan telah memberi sumbangan yang sangat bererti terhadap keberhasilan komunikasi kerana komunikasi yang baik memberi kesan kepada penutur mahupun organisasi dalam membentuk identiti penutur dan identiti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Kajian terhadap bahasa lisan sebenarnya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Mutalib, Mashetoh, Isam, Hishamudin, Mat Hassan, Ahmad Fuad, Narawi, Sawan @ Mohammad Syawal
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31508/1/13134.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31508/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa lisan telah memberi sumbangan yang sangat bererti terhadap keberhasilan komunikasi kerana komunikasi yang baik memberi kesan kepada penutur mahupun organisasi dalam membentuk identiti penutur dan identiti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Kajian terhadap bahasa lisan sebenarnya telah dikaji. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajiannya hanya memfokus aspek berkenaan aksen/fonologi dan identiti serta leksikal dan identiti. Justeru, penyelidikan ini untuk meneruskan pengkajian variasi bahasa lisan, iaitu dengan membina kerangka bahasa lisan untuk membentuk korpus teras identiti penutur bahasa dan identiti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pembentukan kerangka bahasa Melayu lisan tidak hanya boleh melibatkan aspek aksen sahaja. sebaliknya, ia perlu melibatkan aspek-aspek linguistik yang lain seperti leksikal, morfologi, sintaksis dan sosiolinguistik. Oleh itu kajian ini akan membina kerangka bahasa Melayu lisan dengan memberi tumpuan kesemua aspek linguistik serta sosiolinguistik kecuali fonologi. Secara tidak langsung, kajian ini bertujuan mengenal pasti, menghuraikan dan membina kerangka lisan berdasarkan aspek linguistik dan sosiolinguistik, yang dipertalikan dengan angkubah sosial, iaitu jantina untuk membentuk korpus teras identiti penutur dan identiti bahasa kebangsaan. Kajian ini akan menerapkan pendekatan dialektologi sosial bandar yang dipelopori oleh Labov (1966) dengan menggunakan kaedah etnografi (temu bual). Data akan dianalisis secara kualitatif melalui kaedah ‘teroka jumpa’ dengan melibatkan 120 orang informan berbahasa Melayu yang terdiri daripada 60 informan lelaki dan 60 informan perempuan. Pemilihan kawasan pula akan melibatkan beberapa buah bandar yang dipilih bagi mewakili setiap zon, iaitu Alor Setar (Utara), Shah Alam (tengah), Kuala Terengganu (Timur), Johor Bharu (Selatan), serta Kuching dan Kota Kinabalu (Malaysia Timur). Dapatan menunjukkan bahawa, penutur dari Johor Bahru, Kota Kinbalu dan Kuching paling bervariasi dalam bahasa Melayu lisan, iaitumasing-masing sebanyak 22.5%, 21% dan 19%. Manakala perkaitan antara variasi linguistik dengan identiti kenegerian menunjukkan bahawa aspek sintaksis paling menonjol, iaitu 44%, diikuti dengan sosiolinguistik sebanyak 32%, leksikal 18% dan morfologi 6%. Kreativiti dan inovasi pengguna bahasa semasa menuturkannya, diharap dapat membina kerangka bahasa Melayu lisan dalam membentuk korpus teras identiti penutur bahasa Melayu dan identiti bahasa Melayu sebagai Kebangsaan di Malaysia. Hal ini penting kerana bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas dalam pembinaan negara melalui tiga fungsi utamanya, iaitu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu