Perundingan untuk Mengenalpasti Keperluan Aplikasi Analitik Data Raya Audit Dalam bagi Memacu Lembaga Zakat Negeri Kedah ke Arah Revolusi Industri 4.0 (S/O 14738)

Penggunaan teknologi analitik data raya telah banyak memberi faedah kepada sesebuah organisasi. Penggunaan teknologi ini dapat membantu organisasi untuk membuat keputusan dengan lebih cepat dan pantas, menunjukkan ketelusan dalam pengurusan organisasi dan pemberian perkhidmatan dengan masyarakat lua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Raja Mohd Ali, Raja Haslinda, Abdul Aziz, Saliza, Mohamad Hsbollah, Hafizah, Saidin, Siti Zabedah, Hassan, Haslinda, Sudin, Suhizaz, Abd. Aziz., Mohd Khairul Azwan
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31500/1/14738.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31500/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan teknologi analitik data raya telah banyak memberi faedah kepada sesebuah organisasi. Penggunaan teknologi ini dapat membantu organisasi untuk membuat keputusan dengan lebih cepat dan pantas, menunjukkan ketelusan dalam pengurusan organisasi dan pemberian perkhidmatan dengan masyarakat luar, mengelakkan penipuan di kalangan pekerja atau pelanggan organisasi serta dapat memberi perkhidmatan yang efektif kepada masyarakat. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebagai sebuah organisasi yang berasaskan misi untuk meningkatkan pengurusan kewangan sosial Islam dengan cekap dan berintegriti bagi menaiktaraf sosio-ekonomi umat Islam telah mengorak satu lagi langkah menuju ke arah IR 4.0 apabila terlibat dengan pembinaan prototaip yang telah dibina melalui geran kajian ini. Prototaip sistem berasaskan teknologi data raya telah dibina bagi meningkatkan kecekapan juruaudit dalam menjalankan tugasan audit termasuk penyediaan perancangan, memudahkan kerja lapangan, penyampaian pelaporan dengan lebih efektif dan membantu dalam kajian susulan. Sebelum prototaip sistem yang dinamakan Sistem Maklumat Audit Dalaman (SMAD) ini dibina, pemerhatian, perbincangan dan temubual telah dijalankan dengan semua juruaudit dalam dan pegawai sistem maklumat LZNK bagi mendapatkan maklumat berkaitan keupayaan, keperluan dan cabaran LZNK untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi analitik data raya ini. Maklumat tersebut adalah penting dan perlu diberikan perhatian dalam perangkaan pelan strategi berkaitan audit pengurusan kewangan. Di samping itu, keperluan dan ciri-ciri analitik data raya yang dapat membantu juruaudit dalaman LZNK bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti tugasan pengauditan turut diambil maklum bagi membina prototaip sistem SMAD. Namun begitu, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan bagi mengurangkan jurang secara teori atau pengurusan untuk jangka masa akan datang