Pelaksanaan Pengurusan Agihan Zakat Di Kedah

Pengurusan agihan zakat merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan zakat. Zakat yang dibayar kepada institusi zakat perlu diurus dengan baik agar golongan asnaf yang berhak menerima zakat dapat dibantu bukan sahaja dalam aspek jasmani, malah meliputi rohani dan akli. Hal ini selaras de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Yusof, Syarifah, Md. Tahir, Raziah, Othman, Azizah
Format: Article
Language:English
Published: Lembaga Zakat Negeri Kedah 2020
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31398/1/IJZIP%2002%2002%202020%2050-57.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31398/
http://journal.zakatkedah.com.my/about/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan agihan zakat merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan zakat. Zakat yang dibayar kepada institusi zakat perlu diurus dengan baik agar golongan asnaf yang berhak menerima zakat dapat dibantu bukan sahaja dalam aspek jasmani, malah meliputi rohani dan akli. Hal ini selaras dengan objektif agihan zakat yang digariskan oleh Jabatan Wakaf dan Haji (JAWHAR) iaitu meningkatkan taraf hidup hidup golongan asnaf dalam semua bidang kehidupan merangkumi aspek-aspek rohani, aqli dan jasmani. Bagi memastikan pencapaian objektif agihan zakat, pelaksanaan pengurusan agihan zakat yang berkesan amat perlu. Namun, timbul isu seperti proses permohonan yang lambat, kerenah birokrasi, permohonan ditolak, dan ketiadaan pemantauan dalam pengurusan agihan zakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan pengurusan agihan zakat khusus kepada fakir dan miskin yang dilaksanakan di Kedah. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu dengan mengadakan temu bual dengan pegawai zakat. Dapatan menunjukkan pelaksanaan pengurusan agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin meliputi promosi bantuan, penetapan bentuk bantuan, proses permohonan, pemilihan, penyerahan dan pemantauan. Cadangan dibincangkan di akhir kertas kerja