Bentuk Bantuan Zakat Dan Impak Agihan Zakat Terhadap Asnaf Al-Gharimin Di Lembaga Zakat Negeri Kedah
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu golongan asnaf zakat di negeri kedah. Asnaf al-gharimin merupakan salah satu asnaf zakat yang perlu dibantu melalui dana zakat. Al-gharimin bermaksud orang-orang islam yang berhutang untuk tujuan yang dibenarkan s...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Lembaga Zakat Negeri Kedah
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31390/1/IJZIP%2005%2002%202023%20179-189.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31390/ http://journal.zakatkedah.com.my/wp-content/uploads/2023/12/VOL.5.-ISSUE-2_179-189.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu golongan asnaf zakat di negeri kedah. Asnaf al-gharimin merupakan salah satu asnaf zakat yang perlu dibantu melalui dana zakat. Al-gharimin bermaksud orang-orang islam yang berhutang untuk tujuan yang dibenarkan syarak bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan harian. Berdasarkan kepada hierarki kepenggunaan barangan, terdapat tiga jenis barangan kepenggunaan iaitu daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah. Dalam hal ini, barangan daruriyyah diklasifikasikan sebagai barangan keperluan asas pengguna. Individu muslim yang berhutang untuk tujuan memenuhi keperluan barangan daruriyyah ini boleh dikategorikan sebagai asnaf al-gharimin. Persoalannya, sejauhmanakah bantuan zakat kepada asnaf al-gharimin ini memberikan impak yang signifikan kepada golongan tersebut? Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada hasil kajian dalam meneliti bentuk bantuan zakat asnaf al-gharimin dan menganalisis impak agihan zakat kepada asnaf al-gharimin di LZNK. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif yang merangkumi kaedah pengumpulan maklumat secara temu bual bersama informan dalam kalangan asnaf al-gharimin yang menerima bantuan zakat dari LZNK dan penelitian dokumen dari sumber LZNK. Hasil kajian mendapati bentuk bantuan zakat kepada asnaf al-gharimin pada asasnya berupa wang tunai yang diagihkan kepada asnaf atau pihak yang tertentu bagi menyelesaikan isu hutang yang tertunggak. Selain itu, kajian menunjukkan bantuan zakat ini memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada asnaf malahan juga kepada seluruh keluarga asnaf. Implikasi kajian ini amat signifikan dalam membantu pihak LZNK untuk mempelbagaikan bentuk bantuan zakat kepada asnaf al-gharimin agar golongan ini dapat membebaskan diri dari belenggu hutang |
---|