Pengurusan Pembahagian Harta Pusaka Tanah Berkelompok: Analisis Literatur Berdasarkan Tema

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (GSA) 1960 digubal untuk menyeragamkan undang-undang dan dasar bagi tanah yang diwartakan sebagai penempatan berkelompok. Antara perkara yang disentuh dalam akta ini ialah kaedah pemilikan dan sekatan dalam pembahagian tanah yang mana bersangkutan dengan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Asri, Mohammad Hazim Firdaus, Maamor, Selamah, Mohd Noor, Fauziah
Format: Article
Language:English
Published: Lembaga Zakat Negeri Kedah 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31364/1/IJZIP%2005%2002%202023%2089-97.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31364/
https://journal.zakatkedah.com.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (GSA) 1960 digubal untuk menyeragamkan undang-undang dan dasar bagi tanah yang diwartakan sebagai penempatan berkelompok. Antara perkara yang disentuh dalam akta ini ialah kaedah pemilikan dan sekatan dalam pembahagian tanah yang mana bersangkutan dengan pengurusan tanah pusaka. Namun begitu, pelaksanaan GSA 1960 menyumbang kepada kesukaran pengurusan tanah pusaka di penempatan berkelompok. Tambahan pula, keperluan bagi menjelaskan status pembahagian tanah tersebut dari sudut syarak dijustifikasikan oleh penemuan kajian lepas dan banyak salah faham yang berlaku dalam masyarakat. Selain itu, terdapat rungutan daripada waris dan pihak pengurusan penempatan mengenai perlaksanaan prosedur penyelesaian pembahagian tanah pusaka sedia ada seperti yang dilaporkan oleh Kertas Putih Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) 2019. Hal ini berpunca daripada kegagalan masyarakat dalam memahami undang-undang tanah dan perundangan Islam serta prosedur yang teknikal. Kajian mengenai pengurusan pembahagian harta pusaka amatlah banyak sehingga ia dapat dianalisis oleh sebahagian pengkaji melalui kaedah bibliometric. Namun begitu, ulasan kajian sebegini akan membataskan kajian mereka mengikut tempoh masa tertentu. Justeru, kajian ini akan menjurus kepada analisis literatur berdasarkan tema bagi kajian terdahulu terhadap pengurusan pembahagian harta pusaka tanah berkelompok. Hasil kajian ini tertumpu kepada 3 tema utama berkaitan pembahagian harta pusaka tanah di penempatan berkelompok. Tema tersebut merangkumi: (i) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (GSA) 1960; (ii) Isu Sosial, Ekonomi, dan Sosio-Ekonom; dan (iii) Pengurusan Pusaka Menurut Perspektif Syarak. Hasil kajian ini dijangka memberikan panduan dan input kepada kajian-kajian seterusnya berkaitan pengurusan pusaka terutama bagi tanah berkelompok ini