Pemilihan Topik Pengurusan Berdsasarkan Hadis Nabawi: Tinjauan Buku-buku Pengurusan Islam Dari Tahun 1990 Sehingga Tahun 2017

Hadis Nabi Muhammad SAW merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam. Ianya menyentuh banyak perkara berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Ia menyatakan dari sudut prinsip sesuatu ilmu tanpa tanpa dijelaskan dengan lebih terperinci dari sudut teori dan amali. Oleh yang demikian, para imam hadis terda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Noor, Mohd Murshidi, Abdul Rahim, Ahmad Khilmy, Ahmad Razimi, Mohd Shahril
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31339/1/IRC%2002%202017%20385-400.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31339/
http://gbse.com.my/#body
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hadis Nabi Muhammad SAW merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam. Ianya menyentuh banyak perkara berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Ia menyatakan dari sudut prinsip sesuatu ilmu tanpa tanpa dijelaskan dengan lebih terperinci dari sudut teori dan amali. Oleh yang demikian, para imam hadis terdahulu seperti Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidhi, Imam al-Nasa’i dan Imam Ibn Majah telah berjaya mengumpulkan topik-topik ilmu yang dibincangkan pada zaman mereka mengenai ilmu pengetahuan agama. Namun begitu, perkembangan ilmu pengetahuan yang berlaku kini yang membicarakan banyak topik dalam ilmu pengetahuan tidak diusahakan untuk dikumpulkan dalam satu karya hadis sebagaimana yang telah dilakukan oleh imam-imam hadis yang terdahulu. Topik yang diberikan tumpuan dalam kertas kerja ini adalah berkaitan dengan ilmu pengurusan yang dikaitkan dengan Islam. Sememangnya topik ini banyak dipetik hadis-hadis Nabawi oleh para sarjana yang membicarakan mengenai Pengurusan Islam. Cuma ianya tidak dikumpulkan bersama dalam satu topik dalam sebuah karya. Justeru, kertas kerja ini adalah berbentuk kajian tinjauan mengenai hadis-hadis yang digunakan dalam perbincangan oleh sarjana Islam mengenai Pengurusan Islam. Hadis-hadis yang dikumpulkan itu dianalisis berdasarkan kepada topik yang dipilih oleh para sarjana untuk dikaitkan dengan Pengurusan Islam, kekerapan hadis yang digunakan, darjat hadis dan kesesuaian makna hadis dengan topik pengurusan. Hasil kajian mendapati hadis-hadis yang dipilih oleh para sarjana sememangnya satu perkara yang belum disentuh oleh ulama hadis terdahulu untuk dimasukkan dalam topik baru sesuai dengan perkembangan ilmu yang berlaku pada zaman kini iaitu mengenai Pengurusan Islam. Usaha sarjana Islam pada zaman kini adalah kesinambungan usaha ulama hadis terdahulu untuk mengaitkan hadis Nabawi dengan topik-topik yang dibincangkan dalam sesuatu ilmu pengetahuan