Permasalahan cetak rompak cakera optik hasil karya filem dan muzik dari perspektif undang-undang harta intelek

Bagi kesalahan Cetak rompak hasil kaya filem dun muzik di Malaysia bukanlah suatu masalah yang baru namun ia menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Penghasilan teknologi yang canggih memungkinkan aktiviti cetak rompak ini lebih berleluasa. Hasil karya filem dan muzik kini dirakamkan dalam ben...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Aziz, Ahmad Shamsul
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3127/1/Ahmad_Shamsul_Abd._Aziz_%282004%2901.pdf
http://repo.uum.edu.my/3127/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bagi kesalahan Cetak rompak hasil kaya filem dun muzik di Malaysia bukanlah suatu masalah yang baru namun ia menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Penghasilan teknologi yang canggih memungkinkan aktiviti cetak rompak ini lebih berleluasa. Hasil karya filem dan muzik kini dirakamkan dalam bentuk digital menerusi cakera optik. Undang-undang di negara kita digubal bagi mengawal aktiviti cetak rompak terhadap hakcipta yang merupakan cabang kepada harta intelek. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji undang-undang di Malaysia berkaitan permasalahan ini. Peruntukan undang-undang di dalam dua akta utama berkaitan masalah ini turut dibincangkan iaitu Akta Hakcipta 1987 dan Akta Cakera Optik 2000. Selain itu, tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti cetak rompak turut dibincangkan. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif sepenuhnya. Metod yang digunakan adalah berkenaan dengan menyata atau memperihalkan, menginterpretasi dan menjelaskan peruntukan undang-undang sedia ada. Dapatan kajian mendapati bahawa peruntukan undang-undang di negara kita berhubung dengan isu ini dan remedi sememangnya wujud dalam menangani masalah cetak rompak hasil karya filem dan muzik khususnya menerusi cakera optik. Masalah dari segi penguatkuasaan undang-undang merupakan antara sebab utama mengapa cetak rompak masih berleluasa di negara kita.