Hak Untuk Memilih Agama Anutan Menurut Perspektif Agama- Agama di Malaysia

Malaysia adalah negara yang terdiri dari berbilang kaum, bangsa dan agama. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kebebasan menganuti dan mengamalkan agama bagi semua warganegara di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, ada sedikit perbezaan dari segi kebebasan memilih agama anut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Halim, Rohizan, Ahmad, Rusniah, Abdul Rahman, Rohana, Romli, Fariza
Format: Article
Language:English
Published: Global Academic Excellence 2018
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31198/1/IJLGC%2003%2013%202018%20206-217.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31198/
https://ijlgc.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia adalah negara yang terdiri dari berbilang kaum, bangsa dan agama. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kebebasan menganuti dan mengamalkan agama bagi semua warganegara di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, ada sedikit perbezaan dari segi kebebasan memilih agama anutan di mana bagi orang Islam, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menukar agama. Sekiranya ingin keluar Islam, mereka harus mengikuti prosedur yang telah ditetapkan. Kekeliruan timbul di mana dari segi perundangan yang ada, tidak semua negeri yang memperuntukkan prosedur jelas untuk keluar Islam manakala hukuman atas dasar menghina Islam menanti mereka yang keluar Islam di negeri-negeri lain yang mana tiada peruntukan jelas. Dari sudut agama pula wujud perbezaan dari segi penerimaan untuk keluar atau masuk agama berkenaan. Kertas kerja ini meneliti aspek hak untuk menukar agama dari perspektif empat agama yang mempunyai ramai penganut di Malaysia iaitu Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Dapatan menunjukkan bahawa memilih agama lain adalah merupakan dosa besar dalam ajaran agama Islam. Bagi agama Kristian pula memilih agama lain merupakan dosa yang akan dihukum di hari Pembalasan manakala bagi agama Hindu dan Buddha tiada memperuntukkan halangan bagi memilih agama lain