Hak Bersuara dan Perundangan Pemberi Maklumat di Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom

Vienna World Conference on Human Rights pada tahun 1993 telah menyatakan ianya adalah tugas kerajaan untuk mempromosikan dan melindungi semua hak asasi manusia dan kebebasan asasi, tanpa mengambil kira sistem politik, ekonomi atau kebudayaan. Hak untuk bersuara adalah satu dari hak asasi yang pentin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Ali @ Ramli, Azlin Namili, A. Rahman, Aspalella, Yaacob, Nurli
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31162/1/SOLAS%2001%2001%202016%2024-29.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31162/
http://sol.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Vienna World Conference on Human Rights pada tahun 1993 telah menyatakan ianya adalah tugas kerajaan untuk mempromosikan dan melindungi semua hak asasi manusia dan kebebasan asasi, tanpa mengambil kira sistem politik, ekonomi atau kebudayaan. Hak untuk bersuara adalah satu dari hak asasi yang penting. Dengan berlakunya rasuah yang berleluasa di merata dunia, maka undang-undang yang memberi perlindungan kepada sesiapa yang memberi atau mendedahkan maklumat berkaitan salah laku yang berlaku dalam sesebuah organisasi adalah perlu. Dengan menggunakan kaedah kajian undang-undang, artikel ini mengupas hak bersuara dan undang-undang pemberi maklumat di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Malaysia. Dapatan kajian merumuskan bahawa walaupun perlindungan kepada pemberi maklumat adalah satu hak bersuara yang penting tetapi terdapat banyak prosedur yang perlu dipatuhi atau terdapat sekatan yang dikenakan kepada pemberi maklumat yang mungkin akan menjadikan undang-undang pemberi maklumat tidak begitu efektif. Di Amerika Syarikat, undangundang pemberi maklumat terdapat dalam banyak peruntukan akta-akta yang berlainan. United Kingdom pula hanya melindungi pemberian maklumat dalam keadaan tertentu sahaja seperti pendedahan berkaitan kesalahan jenayah, pendedahan berkaitan pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Akta Perlindungan Maklumat 2010 di Malaysia pula telah menyekat pendedahan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan 1972 dan beberapa akta-akta yang lain. Ringkasnya, banyak lagi yang perlu ditambah baik dengan undang-undang pemberi maklumat yang sedia ada di tiga-tiga negara tersebut