Whistleblower A Traitor?: Case Study Pemberi Maklumat Pembelot Negara?: Kajian Kes

Laporkanlah jika ada salahlaku, ianya perbuatan yang betul untuk dilakukan. Seorang pemberi maklumat boleh meletakkan keadilan ditempat yang sepatutnya. Jika tidak disebabkan maklumat yang diberikan, maka salahlaku akan terus terjadi dan ini mungkin akan memudaratkan lebih ramai orang, malah memudar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Ali @ Ramli, Azlin Namili, A. Rahman, Aspalella, Yaacob, Nurli
Format: Article
Language:English
Published: Global Academic Excellence 2018
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31149/1/IJLGC%2003%2013%202018%20182-194.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31149/
https://ijlgc.com/archived.asm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporkanlah jika ada salahlaku, ianya perbuatan yang betul untuk dilakukan. Seorang pemberi maklumat boleh meletakkan keadilan ditempat yang sepatutnya. Jika tidak disebabkan maklumat yang diberikan, maka salahlaku akan terus terjadi dan ini mungkin akan memudaratkan lebih ramai orang, malah memudaratkan sesebuah negara jika salahlaku tersebut tidak dihentikan. Namun, seorang pemberi maklumat terpaksa menghadapi risiko yang tinggi termasuklah menggadai nyawa, kebebasan, keluarga, pekerjaan, malah menghadapi tohmahan daripada segelintir masyarakat yang tidak bersetuju dengan pemberian maklumat tersebut. Ini ketara apabila maklumat yang didedahkan adalah rahsia sulit kerajaan. Kajian kes yang dibuat ke atas dua pemberi maklumat iaitu Edward Snowden dan Helve Falciani mendapati mereka terpaksa melarikan diri memohon suaka dari negara lain bagi mengelak dari didakwa dan dihukum di negara yang maklumat rahsianya mereka dedahkan. Walaupun maklumat rahsia tersebut adalah bertentangan dengan demokrasi dan undang-undang di negara tersebut atau undang-undang antarabangsa. Menggunakan kaedah penyelidikan perundangan yang berbentuk kajian kes di mana beberapa perbandingan dibuat antara keskes pemberi maklumat tersebut, maka didapati terdapat persamaan dan perbezaan antara kesan yang dihadapi oleh pemberi-pemberi maklumat tersebut. Antara kesannya adalah segolongan masyarakat menganggap mereka sebagai hero kerana berani menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh negara. Sebahagiannya pula mengganggap mereka sebagai pembelot negara yang membocorkan rahsia dan mengabaikan kepentingan negara. Speak out of misconduct, it is a right thing to do. Whistleblowers can put justice right at its place. If not because of the information provided, the misconduct will continue to occur and this may be harmful to more people, and detrimantal to a country if the wrongdoing is not stopped. However, a whistleblower need to face certain risks regarding their life, freedom, family, jobs, and even confronting some of the people who do not agree with the whistleblowing. This will be apparent when the information disclosed is a confidential secret of the government. The case study of two informants, Edward Snowden and Helve Falciani, found that they had to flee to seek asylum from other countries in order to avoid being prosecuted and punished in a country whose secret information they disclosed although such confidential information is inconsistent with democracy and the laws of the country or with international law. Using a legal research method in the form of case studies where some comparisons were made between the whistleblower cases, it was found that there were similarities and differences between the effects faced by the whistleblowers. Among the consequences is that a group of people regard them as a hero for their bravery in reporting the offenses committed by the state. Some consider them a traitor for leaking the state secrets and neglect the interests of the country