Integriti Pegawai Penguatkuasa Ke Arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh

Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjadi panduan setiap negara di dunia bagi mencapai pembangunan yang seimbang dalam sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar. Terdapat 17 matlamat utama yang menjadi sasaran pencapaian merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat hari ini. Matlamat 16: Meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Zan, Zainal, Ayub, Zainal Amin, Abdul Wahab, Harlida, Mohamed Yusoff, Zuryati, Shariffuddin, Mohd Dino Khairri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31136/1/CCGS%202021%20184-194.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31136/
http://sois.uum.edu.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=682
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjadi panduan setiap negara di dunia bagi mencapai pembangunan yang seimbang dalam sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar. Terdapat 17 matlamat utama yang menjadi sasaran pencapaian merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat hari ini. Matlamat 16: Menggalakkan masyarakat yang aman dan menyeluruh untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan menyeluruh pada semua peringkat merupakan salah satu matlamat penting agar kesan matlamat-matlamat lain dalam agenda ini dapat dinikmati secara saksama dan menjamin kehidupan masyarakat yang sejahtera. Di Malaysia, kerajaan sentiasa berusaha agar keamananan, keadilan dan pengukuhan institusi yang berterusan. Ini termasuklah dalam menjamin keberkesanan institusi penguatkuasaan agar setiap barisan hadapan dapat memberikan khidmat masyarakat yang terbaik. Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan sejak tahun 2004 merupakan salah satu usaha bagi membudayakan integriti masyarakat Malaysia dan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Tekad kerajaan diteruskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang menekankan aspek integriti dan anti rasuah sebagai salah satu petunjuk dalam indeks pembangunan sosial negara. Kertas kerja ini akan membincangkan dapatan kajian terhadap integriti pegawai penguatkuasa ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16