Muallaf: Permasalahan dan Cadangan Penyelesaian

Golongan muallaf adalah termasuk dalam pembahagian lapan asnaf yang berhak untuk menerima pengagihan bantuan zakat. Artikel ini mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh muallaf dan memberi cadangan penyelesaian tentang projek pembangunan yang boleh dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zaluki, Nurwati Ashikkin, Abdul-Rahman, Azizan
Format: Article
Language:English
Published: Lembaga Zakat Negeri Kedah 2020
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31062/1/IJZIP%2002%2001%202020%20229-236.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31062/
https://journal.zakatkedah.com.my/current-issues/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Golongan muallaf adalah termasuk dalam pembahagian lapan asnaf yang berhak untuk menerima pengagihan bantuan zakat. Artikel ini mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh muallaf dan memberi cadangan penyelesaian tentang projek pembangunan yang boleh dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terhadap golongan ini dengan menggunakan agihan wang zakat. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah analisis dokumen dan temu bual dengan Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf, LZNK. Kajian ini mendapati terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh muallaf. Antaranya adalah terpaksa menyembunyikan keislaman kerana takut diperas ugut dan dibuang keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sebangsa dan seagama asal, kehidupan yang miskin, kekeliruan dalam mengamalkan ajaran Islam disebabkan asatizah berlainan pendapat dan fahaman, kekurangan program-program dakwah kepada muallaf serta kekurangan bahan rujukan. Bagi menangani masalah yang dihadapi oleh muallaf, kajian ini mencadangkan agar LZNK dapat menubuhkan sebuah institut sebagai sebuah pusat yang menyelenggara fasiliti untuk golongan muallaf mendapatkan perlindungan, pendidikan di samping menerima peruntukan bantuan kewangan. Cadangan penubuhan sebuah institut adalah sangat diperlukan bagi tujuan pembangunan muallaf