Memperkasa Latihan Mengoptima Impak Pemasaran Digital: Kajian Kes ke atas Komuniti Petani

Promosi dan pemasaran digital semakin berkembang luas dan menjadi satu trend dalam dunia perniagaan. Keadaan ini seolah-olah telah menjadikan perniagaan yang tidak terlibat dalam pemasaran secara digital tidak akan bertahan lama. Namun begitu, tidak semua perniagaan yang terlibat memasarkan produk s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu, Noor Hidayah, Othman, Zakirah, Mohd Shafie, Shafini
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30702/1/7th%20ICSC%202022%20372-382.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30702/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Promosi dan pemasaran digital semakin berkembang luas dan menjadi satu trend dalam dunia perniagaan. Keadaan ini seolah-olah telah menjadikan perniagaan yang tidak terlibat dalam pemasaran secara digital tidak akan bertahan lama. Namun begitu, tidak semua perniagaan yang terlibat memasarkan produk secara digital akan memperolehi kejayaan terutama kepada perniagaan berskala kecil. Oleh yang demikian, kajian kes yang menggunakan pendekatan naratif ini berusaha meneroka pengalaman responden yang terdiri daripada petani memasarkan hasil pertanian mereka melalui media sosial dan latihan-latihan yang diperlukan oleh responden bagi meningkatkan keberkesaan penggunaan media sosial sebagai medium mempromosi dan memasarkan produk secara digital. Enam respondent terdiri daripada petani yang memasarkan hasil pertanian secara pemasaran digital terlibat dalam kajian berbentuk kajian kes ini. Hasil dapatan kajian mendapati antara latihan-latihan yang diperlukan oleh responden ialah kaedah copywriting atau penulisan ayat iklan yang berjaya menarik perhatian pelanggan, kaedah penghasilan gambar dan infografik yang menarik dan kaedah suntingan video. Hasil dapatan dari kajian ini dapat dijadikan rujukan dalam bidang akademik, usahawan yang baharu menggunakan kaedah pemasaran secara digital dan kerajaan dalam membangunkan latihan-latihan yang terbaik kepada belia negara.