Pembinaan Model Pembuatan Keputusan Bagi Pemilihan Penerima Zakat di Kedah Menggunakan Pendekatan Indeks Statistik (S/O 21032)

Penjelasan dan perbahasan kriteria kelayakan penerima zakat telah dibincangkan secara terperinci dan tuntas dalam nas al-Quran dan Hadis oleh ulama terkemuka. Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa agihan zakat adalah satu tugas yang penting dan institusi zakat memerlukan mekanisme yang komprehens...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkifli, Malina, Ahmad Mustaffa, Nurakmal, Zainal, Norhafizah
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30563/1/21032.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30563/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penjelasan dan perbahasan kriteria kelayakan penerima zakat telah dibincangkan secara terperinci dan tuntas dalam nas al-Quran dan Hadis oleh ulama terkemuka. Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa agihan zakat adalah satu tugas yang penting dan institusi zakat memerlukan mekanisme yang komprehensif dalam mengagihkan zakat kerana ia melibatkan proses dan peraturan yang rumit dalam memilih penerima zakat yang layak. Dalam kajian ini, satu Indeks Penerima Zakat Kedah (ZaKRI) telah dibangunkan dalam kajian ini bagi menentukan individu pemohon yang harus diberikan keutamaan sebagai penerima zakat. Pembinaan ZaKRI ini menggunakan kaedah Pemberat Tambahan Mudah (SAW) dengan mengambil kira dua jenis pemberat, iaitu pemberat objektif dan pemberat subjektif. Pengiraan pemberat objektif menggunakan kaedah Entropi dan pemberat subjektif menggunakan kaedah Terbaik Terburuk (BWM). Kedua-dua pemberat tersebut diagregatkan dengan menggunakan kaedah pemurataan berpemberat tertib bagi menjadi pemberat tunggal sebagai nilai pemberat dalam persamaan pengiraan ZaKRI. Keputusan ZaKRI menunjukkan sejumlah 16 kriteria yang telah disahkan oleh pakar boleh diguna pakai sebagai petunjuk pemilihan pemohon yang layak. Lima kriteria utama ialah peralatan kemudahan asas rumah, bilangan tanggungan, pendapatan per kapita, pendidikan dan status perkahwinan. Dapatan ZaKRI ini diharapkan dapat menjadi panduan berguna kepada pihak pengurusan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam proses pengagihan zakat.