Direktori Usahawan Sik, Kedah (S/O 21174)

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dianggap sebagai kategori perniagaan yang sangat penting di seluruh dunia. Menurut Laporan Tahunan PKS 2018/2019, 98.5 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia termasuk dalam kategori PKS. Namun begitu terdapat isu yang melibatkan data dan maklumat usahawan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Syahrina, Rofie, Mohamad Khadafi, Mat Hassan, Ahmad Fuad, Abdul Hamid, Zeety Kartini, Ahmad, Ainal Akmar
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30547/1/21174.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30547/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dianggap sebagai kategori perniagaan yang sangat penting di seluruh dunia. Menurut Laporan Tahunan PKS 2018/2019, 98.5 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia termasuk dalam kategori PKS. Namun begitu terdapat isu yang melibatkan data dan maklumat usahawan tidak dikemaskini yang menjadi kepada masalah dalam memperolehi maklumat perniagaan usahawan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti usahawan yang aktif berniaga di bawah penyeliaan agensi keusahawanan di Daerah Sik, Kedah. Objektif seterusnya ialah untuk membangunkan direktori usahawan di Daerah Sik. Kajian ini tertumpu kepada perusahaan mikro dan kecil di bawah beberapa agensi keusahawanan di Daerah Sik, Kedah. Antara agensi keusahawanan yang terlibat ialah Amanah Ikhtiar, KEDA dan TEKUN Nasional. Kajian ini akan menganalisis melalui data kualitatif, iaitu menemubual pegawai agensi yang bertindak mengawasi aktiviti keusahawan di Daerah Sik, Kedah. Hasil kajian mendapati terdapat 167 orang usahawan kecil berdaftar di bawah agensi keusahawanan di Daerah Sik. Maka satu profile dan direktori usahawan kecil telah berjaya dikumpul bagi tujuan pengemaskinian. Banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh individu dan masyrakat dalam sesebuah negara apabila direktori usahawan dapat disediakan. Bagi kajian akan datang adalah untuk memperkemaskan lagi data usahawan dengan membina laman web/direktori secara online wajar dilaksanakan.