Membentuk Model Amalan Sekolah Selamat Berdasarkan Profil Tahap Risiko Menggunakan Teknik HIRARC (Kenal Pasti Hazad, Menilai Risiko, Kawalan Risiko) (S/O 13253)

Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dan pelajar di sekolah perlu dijamin untuk mengelak serta melindungi mereka daripada menerima kesan buruk dari aspek kesihatan dan keselamatan akibat kegiatan di tempat kerja. Kaedah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang berkesan perlu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Nor Azimah Chew, Shaffie, Fuziah, Md Ali, Ruzlan
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30169/1/13253.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30169/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dan pelajar di sekolah perlu dijamin untuk mengelak serta melindungi mereka daripada menerima kesan buruk dari aspek kesihatan dan keselamatan akibat kegiatan di tempat kerja. Kaedah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang berkesan perlu dilakukan bagi menimbulkan kesedaran tentang risiko yang dihadapi mereka ketika berada di sekolah dan cara bekerja dengan selamat bagi menangani risiko yang berkemungkinan dihadapi oleh mereka semasa berada di sekolah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membentuk model amalan sekolah selamat daripada hazad berdasarkan profil tahap risiko menggunakan teknik HIRARC (kenal pasti hazad, menilai risiko, kawalan risiko ). Kajian ini menggunakan reka bentuk berasaskan data kualitatif dan kuantitatif. Data dianalisis untuk tujuan (1) membina senarai profil, dan (2) mereka bentuk model. Sampel kajian adalah pekerja dari 21 sekolah menengah di Zon Utara Semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang). Data dikutip daripada pelajar; guru; tukang kebun; pembantu makmal; penjual di kantin; sekuriti; dan staf pengurusan sekolah. munggunakan teknik pensampelan mudah. Sekolah-sekolah tersebut telah dikunjungi untuk dilaksanakan HIRARC. Dapatan profil tahap risiko berdasarkan hazad yang terdapat di sekolah menunjukkan terdapat hazad seperti hazad fizikal, kimia, biologikal dan ergonomik. Tahap risiko di sekolah-sekolah terlibat berada pada tahap sederhana sehingga tinggi. Model sekolah selamat telah dibentuk berdasarkan profil tahap risiko, temubual dan soal selidik. Model ini adalah sebagai 'tool' untuk membantu sekolah ke arah mematuhi Akta Keselamatan 1994. Di dalam model ini, terdapat empat (4) perkara utama, iaitu (i) Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan, (ii) Pengurusan Risiko, (iii) Palisi Keselamatan Kesihatan Pekerjaan, dan (iv) Prosedur Kerja Selamat. Di bawah setiap perkara utama tersebut, terdapat pula beberapa tindakan yang perlu diberikan perhatian. Model ini juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk "Budaya Keselamatan di Sekolah" dan ia merupakan sebahagian daripada pembelajaran sepanjang hayat. Waiau bagaimanapun, model ini berpotensi untuk diuji keberkesanannya melalui kajian lanjutan di masa akan datang.