Penggunaan Fasiliti Pusat Sukan Untuk Teamsport Dan Implikasi Kepada Kesihatan Mental (S/O 14250)

Keberkesanan penggunaan fasiliti di Pusat Sukan memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan fasiliti Pusat Sukan terutamanya berkaitan teamsport terhadap kesihatan mental pelajar Unive...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Suzila, Mat Ali, Nor A’tikah, Musa, Aizul Firdaus, Mohd Faudzi, Farah Nadia, Mohd Nasir, Mohd Azrin, Tewiran, Syaliza Adiha
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30133/1/14250.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30133/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keberkesanan penggunaan fasiliti di Pusat Sukan memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan fasiliti Pusat Sukan terutamanya berkaitan teamsport terhadap kesihatan mental pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data secara tinjauan. Soal selidik yang digunakan diadaptasi daripada Penggunaan Kemudahan Sukan oleh Hong Kong University Science and Technology dan General Health Questionnaire (GHQ-12). Pengumpulan data melibatkan kajian rintis dan kajian utama. Seramai 59 orang responden terlibat untuk kajian rintis dan 359 orang responden bagi kajian utama. Data telah dianalisis menggunakan SPSS versi 25.0. Analisis data melibatkan kekerapan, peratusan, tahap skor, ujian-t, korelasi dan regresi. Hasil kajian menunjukkan kebolehpercayaan alat instrumen adalah memuaskan iaitu keberkesanan fasiliti Pusat Sukan (α = 0.722) dan GHQ-12 (α = 0.831). Majoriti responden (56%) berpendapat keberkesanan fasiliti Pusat Sukan berada pada tahap tinggi. Walaubagaimanapun, majoriti (75.8%) responden turut mengalami tekanan mental yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap keberkesanan penggunaan fasiliti dan tahap kesihatan mental di antara pelajar lelaki dan perempuan. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara keberkesanan penggunaan fasiliti dan kesihatan mental pelajar yang menyertai teamsport. Keputusan kajian turut mendapati tidak terdapat pengaruh keberkesanan penggunaan fasiliti di Pusat Sukan terhadap kesihatan mental pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan fasiliti yang baik tidak memberi kesan kepada kesihatan mental pelajar walaupun tahap keberkesanan penggunaan fasiliti berada pada tahap yang memuaskan.