Sikap Kepada Orang Tua Dan Hubungannya Dengan Minat Untuk Bekerja Dengan Warga Tua Dalam Kalangan Pelajar Kaunseling Dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sikap kepada orang tua dan hubungannya dengan minat untuk bekerja dengan orang tua dalam kalangan pelajar kaunseling dan kerja sosial di Universiti Utara Malaysia. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 274 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Faudzi, Farah Nadia
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30112/1/14653.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30112/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sikap kepada orang tua dan hubungannya dengan minat untuk bekerja dengan orang tua dalam kalangan pelajar kaunseling dan kerja sosial di Universiti Utara Malaysia. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 274 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dan Kerja Sosial yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun pertama hingga tahun akhir (213 orang pelajar perempuan dan 61 orang pelajar lelaki). Kajian ini telah menggunakan soal selidik Kogan Attitudes toward Old Person Scale (KAOP) untuk melihat sikap kepada orang tua dan Willingness to Work with Elderly People Scale untuk melihat minat untuk bekerja dengan orang tua. Kedua-dua soal selidik ini telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati sikap pelajar kepada orang tua kebanyakannya adalah positif iaitu sebanyak 75.2 peratus. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan sikap kepada orang tua iaitu pelajar yang di dalam kategori umur antara 26 hingga 45 tahun mempunyai sikap yang lebih positif kepada orang tua berbanding kategori umur 18 hingga 25 tahun. Seterusnya, kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan antara sikap kepada orang tua dan minat untuk bekerja dengan orang tua. Secara kesimpulanya, kajian ini menunjukkan bahawa kesejahteraan orang tua adalah baik kerana aspek penjagaan orang tua dipandang positif oleh masyarakat melalui sikap dan minat untuk bekerja dengan orang tua.