Hubungan Kesihatan Mental Dengan Motivasi Dalam Kalangan Palapes Universiti Utara Malaysia

Kajian ini memberikan tumpuan kepada isu kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan anggota Palapes (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) Universiti Utara Malaysia (UUM). Terdapat tiga elemen utama bagi kesihatan mental iaitu kemurungan, kebimbangan dan tekanan yang telah dikenalpasti hubungan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azilan, Nur Karmiela Najwa
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30109/1/JPS%2026%2000%202023%20113-138.pdf
https://doi.org/10.32890/jps2023.26.6
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30109/
https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/20253
https://doi.org/10.32890/jps2023.26.6
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberikan tumpuan kepada isu kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan anggota Palapes (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) Universiti Utara Malaysia (UUM). Terdapat tiga elemen utama bagi kesihatan mental iaitu kemurungan, kebimbangan dan tekanan yang telah dikenalpasti hubungannya dengan motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental dan motivasi di kalangan anggota Palapes UUM. Selain itu, kajian ini juga menguji perbezaan tahap kesihatan mental dan motivasi berdasarkan jantina. Objektif terakhir adalah untuk mengkaji hubungan antara kesihatan mental dan motivasi dalam kalangan anggota Palapes UUM. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan melibatkan soal selidik sebagai instrumen kajian. Skala Kemurungan, Kebimbangan, dan Tekanan (Depression, Anxiety dan Stress Scale -DASS-21) digunakan untuk mengukur tahap kesihatan mental di kalangan anggota Palapes UUM manakala Students Work Preference Inventory (SWPI) digunakan untuk mengukur tahap motivasi pelajar. Seramai 152 responden dipilih secara persampelan bertujuan daripada tiga pasukan Palapes di UUM iaitu Darat, Laut dan Udara. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 29. Analisis yang dilakukan termasuk analisis frekuensi, peratusan, ujian-T sampel bebas dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan dalam kalangan pelajar Palapes UUM berada pada tahap normal. Tahap motivasi intrinsik adalah tinggi manakala motivasi ektrinsik adalah sederhana. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap kesihatan mental dan motivasi antara lelaki dan perempuan. Kajian ini juga memberikan bukti adanya hubungan positif antara kesihatan mental dan motivasi pelajar. Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental dan motivasi dalam kalangan pelajar Palapes UUM.