Propaganda Surat Khabar Harian Rakjat Semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia, 1963-1965 (Propaganda of Harian Rakjat Newspaper During the Indonesia-Malaysia Confrontation, 1963-1965)

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kegiatan propaganda surat khabar Harian Rakjat yang diterbitkan oleh Partai Komunis Indonesia (PKI) semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963 sehingga 1965. Tujuan kajian ini adalah melihat sejauhmana PKI memanfaatkan surat khabar Harian Rakjat untuk m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Osman, Samsul Kamil
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29957/1/AHJMM%2001%2000%202023%2026-53.pdf
https://doi.org/10.32890/ahjmm2023.1.3
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29957/
https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19019
https://doi.org/10.32890/ahjmm2023.1.3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau kegiatan propaganda surat khabar Harian Rakjat yang diterbitkan oleh Partai Komunis Indonesia (PKI) semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963 sehingga 1965. Tujuan kajian ini adalah melihat sejauhmana PKI memanfaatkan surat khabar Harian Rakjat untuk menyebarkan propangada untuk meraih sokongan rakyat mengganyang Malaysia. Strategi PKI menggunakan propaganda melalui tulisan dan karikatur dilihat telah berjaya menyemai kebencian rakyat terhadap pemimpin dan rakyat Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan. Kajian perpustakaan ditumpukan kepada penggunaan dokumen dokumen surat khabar terbitan Parti Komunis Indonesia yang tersimpan di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia dan kajian lapangan seperti te mubual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa propaganda Parti Komunis Indonesia menggunakan surat khabar, baik melalui tulisan tulisan mahupun penggunaan karikatur telah berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia untuk menyokong dasar politik konfron tasi Presiden Sukarno terhadap Malaysia. Sokongan rakyat ini diterjemahkan melalui sambutan rakyat terhadap kempen Mengganyang Malaysia yang dilaungkan oleh Presiden Sukarno.