Unsur Konflik Dalam Kartun ‘Aku Budak Minang’: Kajian Dari Perspektif Psikologi

Dalam konteks kehidupan, umum sedia maklum bahawa manusia tidak terlepas daripada menghadapi masalah hidup yang antara lain penyebab tercetusnya konflik. Golongan yang amat terdedah kepada konflik ialah golongan remaja. Ini kerana, remaja ialah golongan yang beremosi disebabkan jiwa golongan ini san...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahya, Maizatul Azura, Ahmad, Ainal Akmar, Hashim, Nasihah, Johari, Arina
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29877/1/RENTAS%20JBSB%2001%2001%202022%20135-156.pdf
https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.5
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29877/
https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/14538
https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.5
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam konteks kehidupan, umum sedia maklum bahawa manusia tidak terlepas daripada menghadapi masalah hidup yang antara lain penyebab tercetusnya konflik. Golongan yang amat terdedah kepada konflik ialah golongan remaja. Ini kerana, remaja ialah golongan yang beremosi disebabkan jiwa golongan ini sangat mudah tersentuh sekiranya tersalah didik. Mewakili watak-watak manusia dalam realiti, setiap watak kartun yang dihasilkan merupakan cerminan daripada pandangan umum tentang perihal positif dan negatif yang berlaku dalam masyarakat. Sama seperti karya sastera yang lain, penceritaan dalam kartun juga sedikit sebanyak turut mengetengahkan isu berkaitan konflik yang berlaku dalam kehidupan harian masyarakat yang boleh dijadikan iktibar oleh golongan remaja. Namun, kajian isu konflik dalam kartun masih kurang dilakukan. Disebabkan inilah, maka artikel ini dihasilkan untuk membicarakan tentang konflik keluarga dan masyarakat yang dipaparkan menerusi kompilasi kartun ‘Aku Budak Minang’ karya popular kartunis legenda negara, Ujang. Objektif artikel ini ialah mengklasifikasikan dan menganalisis unsur konflik yang terdapat dalam kartun ‘Aku Budak Minang’ daripada perspektif psikologi menggunakan teori Humanistik Abraham Maslow. Kajian ini telah menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan untuk mendapatkan data yang sesuai dan bertepatan dengan objektif kajian. Hasil kajian mendapati teks kartun ini menyentuh tentang aspek konflik seperti konflik keluarga, konflik diri dan konflik rakan sebaya. Daripada penelitian yang dilakukan juga mendapati bahawa konflik yang berlaku kepada watak mampu ditangani oleh remaja yang berkonflik apabila mereka melihatnya dari sudut yang positif. Analisis yang dilakukan juga mendapati bahawa Ujang berjaya memberikan gambaran tentang masyarakat berdasarkan paparan konflik semasa dalam karyanya ini.