Tadbir Urus dan Pembangunan Belia: Pengalaman Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

Belia adalah penggerak utama dalam pembangunan. Mereka perlu diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan dilibatkan secara langsung dalam pembuatan keputusan mengenai polisi-polisi pembangunan. Sebagai salah satu pemegang taruh, mereka perlu terlibat dalam tadbir urus di beberapa peringkat dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Siti Alida John, Yeon, Asmah Laili, Arshad, Rozita, Azhar, Alias, Ayub, Zainal Amin
Format: Article
Language:English
Published: Tun Dr. Mahathir Mohamad Thoughts Institute (IPDM) 2017
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29847/1/JLP%2002%2001%202017%2083-97.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29847/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Belia adalah penggerak utama dalam pembangunan. Mereka perlu diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan dilibatkan secara langsung dalam pembuatan keputusan mengenai polisi-polisi pembangunan. Sebagai salah satu pemegang taruh, mereka perlu terlibat dalam tadbir urus di beberapa peringkat dalam pentadbiran negara, bukan hanya untuk memenuhi keperluan pembangunan berdasarkan kehendak mereka tetapi juga untuk menyediakan mereka menjadi pemimpin-pemimpin negara di masa hadapan. Maka, kajian ini ingin menentukan sejauh mana peluang diadakan untuk melibatkan belia dalam proses-proses pembuatan keputusan terutama di akar umbi melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan juga kesedaran ahli-ahli JKKK mengenai kepentingan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan. Data dikumpulkan melalui pengedaran sebanyak 752 soal selidik kepada ahli-ahli JKKK di Semenanjung Malaysia. Statistik diskriptif digunakan untuk melaporkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan yang sederhana oleh belia dalam JKKK dan tingkat kesedaran adalah tinggi dalam kalangan responden tentang keperluan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan.