Program Pemantapan dan Kelestarian Keusahawanan (LESTARi)

Program Pemantapan dan Kelestarian Keusahawanan (LESTARi) merupakan satu aktiviti keusahawanan sosial yang melibatkan guru dan kakitangan daripada dua buah sekolah agama swasta di Kubang Pasu dan dua buah sekolah agama swasta di Perlis. Selain dari staf akademik SBM, program LESTARi juga melibatkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Armanurah, Hashim, Norashidah, Abdullah, Sahadah, Ku Ishak, Awanis, Abd. Rani, Shamsul Huda, Deraman, Norita
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29793/1/13977.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29793/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Pemantapan dan Kelestarian Keusahawanan (LESTARi) merupakan satu aktiviti keusahawanan sosial yang melibatkan guru dan kakitangan daripada dua buah sekolah agama swasta di Kubang Pasu dan dua buah sekolah agama swasta di Perlis. Selain dari staf akademik SBM, program LESTARi juga melibatkan pihak industri, iaitu Perniagaan Qurba Sdn Bhd dan Afna Imtiyaz Enterprise sebagai rakan kolaborasi strategik LESTARi. Objektif LESTARi adalah untuk mendedahkan institusi sekolah agama swasta kepada aktiviti keusahawanan yang boleh menjana peluang perniagaan kepada sekolah bagi mengurangkan kebergantungan sekolah kepada bantuan kewangan. Ia juga untuk membudayakan pihak pengurusan dan guru sekolah agama swasta dengan atribut keusahawanan (kesediaaan sikap, keinginan, pemikiran dan kemahiran kesusahawanan) bagi melahirkan guru dan kakitangan sekolah yang boleh menjadi usahawan dalaman (Intrapreneur) dan usahawan (Entrepreneur). Selain itu, LESTARi bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang boleh memberi sumbangan kepada komuniti serta modal insan yang seimbang yang boleh berdikari dan memberi sumbangan kepada institusi. Untuk melestarikan aktiviti keusahawanan di sekolah agama swasta yang terlibat, pasukan LESTARi bersama dengan peserta telah membantu sekolah membangunkan template blueprint perancangan kelestarian projek keusahawanan bagi sekolah-sekolah agama swasta yang terlibat. LESTARi telah memberi pendedahan dan laluan keusahawanan kepada sekolah agama swasta terlibat dalam menjana pendapatan sendiri melalui aktiviti keusahawanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kewangan. Hasil daripada LESTARi kesemua empat buah sekolah agama swasta terlibat mempunyai produk perniagaan sendiri. Sekolah Agama At Toyyibah berjaya memperkenalkan produk utama berasaskan buah tin, iaitu mee kering buah tin (berjenama Thinto), Pusat Pendidikan Al-Azhar (PPAZ) telah menghasilkan minuman koko yang berasaskan buah kurma dan mee kismis minda secara Original Equipment Manufacturer (OEM), Ma’ahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) pula menghasilkan mee kering secara OEM dan juga bekerjasam dengan Syarikat Vervx Malaysia Sdn Bhd. dalam membekalkan barangan automotif kepada Koperasi Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah. Sekolah Rendah Agama Attabiyah Al-Islamiyah (SRAATI) memfokuskan kepada perniagaan ais krim. Secara tidak langsung program ini dapat membantu institusi sekolah agama swasta mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kewangan