Kesetiaan Berbahasa: Indeks Dan Model Identiti Bahasa Kebangsaan Dalam Kalangan Mahasiswa Sebagai Pemimpin Negara Masa Depan

Kebimbangan pejuang bahasa dalam memperjuangkan isu kesetiaan dan sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu ada asasnya. Pejuang bahasa Melayu menganggap persepsi negatif masyarakat terhadap bahasa kebangsaan merupakan halangan utama dalam usaha memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilm...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Awang, Mohd Isha, Shaari, Abdull Sukor, Bahador, Zolkefli
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29653/1/13232.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29653/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebimbangan pejuang bahasa dalam memperjuangkan isu kesetiaan dan sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu ada asasnya. Pejuang bahasa Melayu menganggap persepsi negatif masyarakat terhadap bahasa kebangsaan merupakan halangan utama dalam usaha memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan instrumen kesetiaan bahasa Melayu dan model cadangan identiti bahasa kebangsaan yakni Bahasa Melayu di Malaysia. Kajian yang berbentuk kajian tinjauan ini melibatkan sampel yang terdiri daripada mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrumen soal selidik dibangunkan dan disesuaikan daripada Gardner Attitude / Motivasi Ujian Bateri (AMTB). Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Kajian menunjukkan bahawa tahap kesetiaan berbahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa berada pada tahap tinggi. Kajian ini merumuskan bahawa faktor yang membentuk kesetiaan terhadap Bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu sendiri oleh penutur, tahap kebimbangan penutur dalam menggunakan Bahasa Melayu, faktor motivasi dan sikap terhadap Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan tahap kesetiaan berbahasa yang signifikan mengikut jantina dan kaum. Dapatan ini memberikan implikasi yang positif berhubung tahap kesetiaan terhadap Bahasa Melayu dalam negara biarpun terdapat perbezaan tahap yang ketara dalam kelompok yang berbeza. Justeru, tahap kesetiaan dapat dipupuk apabila pengguna bahasa itu sentiasa menggunakannya di samping mengurangkan tahap kebimbangan pengguna bahasa dalam menggunakannya serta memupuk sikap dan motivasi yang positif terhadap bahasa. Keadaan ini perlu terus dipupuk dan dikekalkan demi kelangsungan identiti Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara.