Developing an Augmented Model of Job Creation Dynamics to Assess the Performance of Labour Market Model in Malaysian Manufacturing Sector

Ringkasan Tinjauan Tenaga Kerja (Labour Force Survey) yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia (2016) merekodkan semenjak tahun 2004 hingga 2008, kadar pengangguran di Malaysia disifatkan sebagai terkawal iaitu 3 .3 peratus. Sementara itu, kadar penganggguran pada tahun 2010 ialah 3.6 peratu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Samsi, Aznita, Maamor, Selamah, Abdullah, Norehan, Abdullah, Hussin, Nayan, Sabri
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29599/1/13130.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29599/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ringkasan Tinjauan Tenaga Kerja (Labour Force Survey) yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia (2016) merekodkan semenjak tahun 2004 hingga 2008, kadar pengangguran di Malaysia disifatkan sebagai terkawal iaitu 3 .3 peratus. Sementara itu, kadar penganggguran pada tahun 2010 ialah 3.6 peratus, tetapi menurun pada tahun 2011 kepada 3.2 peratus. Berdasarkan angka yang disebutkan, ia menunjukkan pasaran buruh adalah statik. Hal ini menyebabkan corak pergerakkan dinamik aliran pekerjaan dalam pasaran buruh tidak dapat dilihat dengan jelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis corak aliran pekerjaan (penciptaan, pemusnahan dan agihan semula pekerjaan) dalam sektor pembuatan di Malaysia. Dalam masa yang sama, kajian ini turut menganalisis faktor yang mempengaruhi penciptaan pekerjaan (sebagai salah satu komponen dalam aliran pekerjaan) serta membentuk satu model dinamik penciptaan pekerjaan dalam sektor pembuatan di Malaysia. Analisis secara deskriptif membuktikan corak agihan semula pekerjaan lebih dinamik berbanding corak penciptaan pekerjaan. Manakala hasil penganggaran Generalized Method of Moment (GMM), mendapati penciptaan pekerjaan adalah dipengaruhi oleh keluaran, upah, modal, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), eksport dan pekerja asing. Hasil kajian yang diperoleh akan dapat membantu kerajaan dan industri dalam sektor pembuatan di Malaysia untuk mengenalpasti faktor yang menggalakkan penciptaan pekerjaan dalam industry serta membantu kerajaan untuk menentukan keberkesanan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme, ETP) terhadap penciptaan pekerjaan dalam sektor pembuatan.