Keberkesanan Prosedur Operasi Standard Pemantauan (POSP) Perniagaan Makanan Secara Dalam Talian Semasa Dan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Makanan merupakan keperluan asasi setiap manusia bermula daripada bayi sehingga ke warga emas. Namun isu keracunan makanan menjadi antara perkara membimbangkan khususnya ketika negara dan dunia sedang berdepan dengan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19. Isu keracunan makanan di Malaysia misalny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yassin, Khairiah, Mohamed, Syed Sultan Bee Packeer
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29596/1/14789.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29596/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makanan merupakan keperluan asasi setiap manusia bermula daripada bayi sehingga ke warga emas. Namun isu keracunan makanan menjadi antara perkara membimbangkan khususnya ketika negara dan dunia sedang berdepan dengan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19. Isu keracunan makanan di Malaysia misalnya pada tahun 2020 telah mencatatkan sebanyak 288 kes. Kes tersebut dikatakan masih terkawal tetapi memerlukan aktiviti pemantauan dan tindakan penguatkuasaan daripada pihak berkuasa terlibat agar kes sebegini tidak memburuk (sehingga boleh menyebabkan kematian) dalam keadaan negara sedang bertarung melawan wabak Covid-19. Justeru, dalam usaha memahami rantaian keselamatan makanan di Malaysia khususnya Kedah, kajian ini diusahakan untuk mencapai beberapa objektif kajian. Objektif tersebut ialah menyelidiki SOP perniagaan makanan secara dalam talian, menganalisis SOP pemantauan perniagaan makanan secara dalam talian, serta menganalisis keberkesanan SOP pemantauan tersebut yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah semasa dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini penting kerana negara masih berdepan dengan penularan wabak Covid-19 dan pernah berada di bawah perintah kawalan pergerakan. Kaedah penyelidikan yang diterapkan ialah metode kualitatif dengan mengimplemenkan kajian kepustakaan dalam proses pengumpulan data dan fakta kajian. Kaedah analisis data pula berasaskan analisis tekstual dan dokumen terhadap data dan fakta yang diperolehi daripada dokumen kepustakaan tersebut. Dapatan awal kajian ini mendapati bahawa gerak kerja atau tatacara pemantauan terhadap perniagaan secara dalam talian telah dikeluarkan dan diwartakan kerajaan Malaysia pada Mac 2020 lagi. Namun dari sudut pemantauan masih menjadi tanda tanya dan persoalan dalam kalangan masyarakat kerana terlalu banyak kedai atau premis makanan muncul seumpama cendawan tumbuh selepas hujan dengan menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman secara dalam talian. Implikasi kajian ini diperhalusi dapat memberi pengetahuan asas kepada masyarakat berkenaan SOP perniagaan makanan terkhas secara atas talian, selain memperkemaskan prosedur standard terhadap aktiviti pemantauan keselamatan dan kebersihan rantaian makanan di Malaysia.