Faktor Mempengaruhi Penglibatan Belia dalam Sektor Perladangan Kelapa Sawit
Sektor perladangan kelapa sawit merupakan sektor yang sangat penting dalam industri pertanian dan merupakan penyumbang terpenting kepada ekonomi Malaysia. Namun begitu, isu tenaga buruh di sektor ini sering diperkatakan kerana masih berintensif buruh. Penyertaan golongan belia dalam sektor perladang...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UUM Press
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29274/1/IJMS%2028%2001%202021%20115-140.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29274/ https://doi.org/10.32890/ijms.28.1.2021.10559 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sektor perladangan kelapa sawit merupakan sektor yang sangat penting dalam industri pertanian dan merupakan penyumbang terpenting kepada ekonomi Malaysia. Namun begitu, isu tenaga buruh di sektor ini sering diperkatakan kerana masih berintensif buruh. Penyertaan golongan belia dalam sektor perladangan kelapa sawit adalah kurang memberangsangkan berbanding sektor lain walaupun sektor ini menawarkan peluang pekerjaan yang lebih luas. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti golongan belia yang lebih bersedia untuk melibatkan diri dalam sektor perladangan kelapa sawit berdasarkan faktor demografi mereka. Borang soal selidik digunakan bagi mengumpul data daripada responden yang terdiri daripada golongan belia berusia 18 hingga 35 tahun. Seramai 724 orang responden yang telah menjawab soal selidik ini mewakili setiap negeri di Malaysia. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis faktor dan model regresi logistik. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor jantina, bangsa, tempat tinggal, pengalaman, dan penglibatan ahli keluarga dalam sektor perladangan kelapa sawit merupakan faktor yang menyumbang kepada kesediaan belia untuk melibatkan diri dalam sektor tersebut. Faktor gaji, faedah, persekitaran kerja dan keselamatan perlu ditambah baik bagi menarik lagi minat golongan belia untuk melibatkan diri dalam industri pertanian negara khususnya di sektor perladangan kelapa sawit. |
---|