Tahap Teknostres dalam Kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik di Universiti Awam

Pada masa kini, perkembangan teknologi yang berkembang begitu pesat telah memberi kesan dalam semua kehidupan manusia termasuk dalam sektor pekerjaan. Kegagalan mengadaptasi penggunaan teknologi telah menyebabkan berlakunya teknostres dalam kalangan pekerja. Oleh itu, kajian tinjauan ini telah dilak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alis, Norzaliza, Tewiran, Syaliza Adiha
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2020
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29067/1/JPS%2023%202020%2039-51.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29067/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa kini, perkembangan teknologi yang berkembang begitu pesat telah memberi kesan dalam semua kehidupan manusia termasuk dalam sektor pekerjaan. Kegagalan mengadaptasi penggunaan teknologi telah menyebabkan berlakunya teknostres dalam kalangan pekerja. Oleh itu, kajian tinjauan ini telah dilaksanakan bagi meninjau tahap teknostres dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional. Populasi bagi kajian ini adalah terdiri daripada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (bukan akademik) Gred 41 ke atas sama ada tetap, kontrak atau sambilan yang sedang berkhidmat. Borang soal selidik Technostress Creators telah diedarkan kepada seramai 160 orang pekerja yang telah dipilih secara rawak. Data dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.3 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan tahap teknostres dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional Universiti Awam (UA) berada pada tahap sederhana. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk mengurangkan teknostres. Antaranya ialah setiap pekerja perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini serta menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat meningkatkan kompetensi dalam bidang pekerjaan mereka.