Analisis penggunaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara empirik corak penggunaan wang PTPTN di kalangan pelajar UiTM. Kajian ini turut meneliti sejauh mana kesedaran mereka terhadap penggunaan wang PTPTN berdasarkan kepada program pengajian, Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG), bahagian pengajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Normala, Zainal, Noor Saliza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2897/1/paper1normala.pdf
http://repo.uum.edu.my/2897/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara empirik corak penggunaan wang PTPTN di kalangan pelajar UiTM. Kajian ini turut meneliti sejauh mana kesedaran mereka terhadap penggunaan wang PTPTN berdasarkan kepada program pengajian, Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG), bahagian pengajian kini, kampus cawangan UiTM dan pendapatan bulanan keluarga. Sampel kajian terdiri daripada 341 orang pelajar peringkat Diploma semester dua hingga enam pelbagai fakulti daripada tiga kampus cawangan UiTM meliputi cawangan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kajian ini adalah merupakan satu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian rentas. Data dikutip dengan mengedarkan soal selidik setelah memperolehi kebenaran daripada pengurusan universiti. Unit analisis pula terdiri daripada pelajar yang respons kepada penyelidikan. Data dianalisis dan diproses menggunakan kaedah Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.0. Kajian ini turut mengkategorikan penggunaan wang PTPTN pelajar kepada dua kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk keperluan akademik wajib, keperluan akademik tidak wajib dan perbelanjaan persendirian. Hasil analisis regresi berganda mendapati bahawa perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah keseluruhan penggunaan wang PTPTN oleh pelajar yang merancang dan pelajar yang tidak merancang. Seterusnya, hasil analisis varians menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi kedua – dua kategori berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Keputusan ujian Post Hoc pula mendapati program pengajian Diploma Kejuruteraan, UiTM cawangan Pulau Pinang dan pelajar – pelajar bahagian enam mempunyai perbezaan paling ketara dalam perbelanjaan berbanding dengan yang lain. Kajian ini mencadangkan supaya kajian masa hadapan diteruskan dengan meluaskan skop kajian kepada semua bentuk pinjaman dan meliputi pelajar – pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang lain.